ads

Rabu, 30 April 2014

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


... Roda Hidupku ...: Day1 <b>di Kuching Sarawak</b>

Posted: 10 Apr 2014 07:11 AM PDT

Kami bertolak ke Sarawak menaiki Airasia pada pukul 3.20 ptg dan tiba lebih kurang pukul 5 petang. Huru hara airport dibuat dek budak 3 orang ni...Tak sekolah agama hari ni. Balik sekolah kebangsaan, terus kerah pergi mandi dan salin baju jalan. Cikgu diorang pesan, jgn lupa belikan souvenior dari Sarawak. Nak beli apa gaknya ekk?Bukan Hot Seat... tapi selesa jek buat kami berlima.

Oleh kerana hotel dah siap booking, kami terus naik teksi airport menuju ke hotel Riverside Magestic. Koupon RM26.00. Mahal ke? Entahlah... kalau dah bawak anak yang asyik2 ilang jek... terpaksalah redha. Dalam 15 minit dah sampai hotel, dan dekat je kalau nak ke Tempat makan seafood yang dipanggil Top Spot.

Kami check in dan terus keluar balik. Lapar... Jalan kaki tak sampai 5 minit... dah sampaiiii...


Gerai ni ada tanda Halal Jakim. Ramai pulak tu orang makan. Jadi kami makan kat sini. Ambil Ikan kerapu masak 3 rasa, udang butter dan ketam cili. Boleh tahan rasa dia. Diorang letak cili potong2 untuk yang kuat pedas macam aku ni. Air special katanya. Nama pun bukan main susah nak sebut. Layer bawah skali tu gula apong. Nak minum kena campurkan dulu, kalau tak rasa tawar jek belah atas dia. Bila dah campur.... rasa teh tarik jeeeerrrr :)Ini memang special. Sup Gamat. Sedap. Tak muak. gamat tu dia hiris nipis2. Rasa macam jeli, tapi kenyal2. Tawar je rasa gamat tu, tapi sup dia sedap.

Harga adalah sedikit mahal, tapi en Zali ok jek. Anak2 makan nasi, mak dgn abah diorang makan lauk. bagusss....Balik bilik, mandi solat dan terus diorang tidur keletihan. Almaklumlah, tadi pagi sekolah. Melainkan no 3.

Tengoklah tu, susah betul dak sorang ni nak tidur. Masa ni aku baru naik bilik lepas tengok kawan2 sekretariat kat bilik seminar buat persediaan. Siap mintak masakkan maggi. Adoiii....

Esok sambung cerita hari kedua pulak ye. nak tidur dulu. Harap2 majlis esok berjalan dengan lancar. Aminnnn....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved