Isnin, 3 Mac 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


<b>Sarawak</b> kedua miskin tegar <b>di</b> Malaysia, penggangguran tinggi <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2014 03:44 AM PST

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR 27 FEB; Mengikut statistik e-Kasih pada 2012, Sarawak dengan populasi penduduk sebanyak 2.4 juta orang menduduki tangga kedua miskin tegar di Malaysia.

Menurut seorang anggota Angkatan Muda KEADILAN Petra Jaya, Sarawak, Iswardy Morni, kadar kemiskinan itu berkadar langsung dengan pengangguran rakyat negeri Sarawak.

"Sarawak paling ramai yang miskin tegar berbanding negeri Kelantan yang selalu diwar-warkan oleh media di semenanjung," kata Iswandy pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.

Hadir sama Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari

Menurutnya, kadar kemiskinan di Sarawak tidak begitu dilaporkan media seolah-olah menutup keadaan sebenar kedudukan ekonomi dan kuasa beli rakyat di negeri bumi Kenyalang itu.

Dalam pada itu kata Iswandy, negeri Sarawak mempunyai rizab tunai sebanyak RM22 bilion, namun tidak mampu meningkatkan taraf kehiupan rakyat Sarawak.

"RM22 bilion itu dengan bangganya dilaburkan sana sini, tetapi bukan untuk pembangunan rakyat Sarawak.

"Definisi employment (bekerja) yang dikatakan kerajaan (Sarawak) adalah orang yang bekerja sekurang-kurangnya sejam sehari," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59683

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads