Khamis, 13 Mac 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Taib Mahmud angkat sumpah Yang <b>di</b>-Pertua <b>Negeri Sarawak</b> ke-7 <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2014 07:49 PM PST

PETRA JAYA: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7 menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya semalam.

Abdul Taib, 78, yang bersara dari semua jawatan politik dan pentadbiran negeri menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara jam 3 petang semalam.

Beliau mengangkat sumpah jawatan tepat jam 11 pagi di hadapan Hakim Besar Sabah Dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun di Dewau Lapau, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Ia turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.

Tetamu jemputan tiba seawal jam 9.30 pagi di perkarangan Dewan Undangan Negeri disusuli ketibaan Ketua Menteri serta isteri pada pukul 9.50 pagi.

Tan Sri Abdul Taib serta isteri tiba jam 10.10 pagi dan diberi hormat di raja sambil diiringi Lagu Ibu Pertiwiku.
Sejurus itu beliau memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama diiringi oleh Pegawai Pemerintah Perbarisan sebelum menuju ke Dewan Lapau untuk Istiadat Angkat Sumpah.

Istiadat bermula dengan bacaan Surat Cara Perlantikan daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Menteri.

Yang di-Pertua Negeri kemudiannya mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Sumpah di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, beliau menandatangani Surat Pengisytiharan disaksikan Ketua Menteri sebelum bacaan doa oleh Imam besar Negeri Datuk Jorgi Suhaili.
Istiadat diakhiri dengan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

Sumber: BH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads