Isnin, 10 Mac 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Taib Mahmud angkat sumpah Yang <b>di</b>-Pertua <b>Negeri Sarawak</b> ke-7 <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2014 07:49 PM PST

PETRA JAYA: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7 menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya semalam.

Abdul Taib, 78, yang bersara dari semua jawatan politik dan pentadbiran negeri menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara jam 3 petang semalam.

Beliau mengangkat sumpah jawatan tepat jam 11 pagi di hadapan Hakim Besar Sabah Dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun di Dewau Lapau, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Ia turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.

Tetamu jemputan tiba seawal jam 9.30 pagi di perkarangan Dewan Undangan Negeri disusuli ketibaan Ketua Menteri serta isteri pada pukul 9.50 pagi.

Tan Sri Abdul Taib serta isteri tiba jam 10.10 pagi dan diberi hormat di raja sambil diiringi Lagu Ibu Pertiwiku.
Sejurus itu beliau memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama diiringi oleh Pegawai Pemerintah Perbarisan sebelum menuju ke Dewan Lapau untuk Istiadat Angkat Sumpah.

Istiadat bermula dengan bacaan Surat Cara Perlantikan daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Menteri.

Yang di-Pertua Negeri kemudiannya mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Sumpah di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, beliau menandatangani Surat Pengisytiharan disaksikan Ketua Menteri sebelum bacaan doa oleh Imam besar Negeri Datuk Jorgi Suhaili.
Istiadat diakhiri dengan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

Sumber: BH

UMNO Online - Yang <b>Di</b> Pertua <b>Negeri Sarawak</b> : Pembangkang <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2014 11:42 PM PST

Kategori Berita Pilihan

Yang Di Pertua Negeri Sarawak : Pembangkang Diselar Amal Politik "Double Standard"

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan.

Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Beliau menegaskan tindakan pembangkang itu sebenarnya cuba untuk menindakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan negara.

Fadillah-Yusof-PBB-Sarawak-BN-Menteri

Fadillah turut mempersoalkan tindakan tersebut yang cuba memberikan gambaran, bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh didesak untuk melakukan apa-apa tindakan yang berada di bawah bidang kuasa Baginda.

"Sekiranya mereka mendakwa YAB Pehin Seri (Taib Mahmud) tidak layak menjadi Tuan Yang Terutama (Sarawak) disebabkan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau sebagainya.

"Saya ingin bertanya kepada mereka, adakah terdapat sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atasnya? Sedangkan semua dakwaan tersebut langsung tidak dibuktikan, Sedangkan sebagai seorang peguam, ketua DAP Sarawak itu sepatutnya tahu akan undang-undang. Seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah, sehingga disabitkan oleh mahkamah," katanya.

Fadillah turut mempersoalkan, sekiranya pembangkang ingin memperjuangkan asas dan prinsip tersebut, mengapa mereka tetap menyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim?

"Sekiranya benar, mereka (pembangkang) konsisten atas prinsip tersebut, mengapakah mereka menyokong Anwar untuk bertanding di Kajang, di masa yang sama turut membayangkan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor? Malah mereka yang mendakwa kononnya berpegang kepada prinsip ini, turut menyatakan sokongan terhadap individu yang sama sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Persoalannya apakah Anwar layak menjadi seorang Menteri Besar? Mengapa mereka langsung tidak mempersoalkan isu tersebut? Sedangkan dia pernah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, dan yang paling penting masih ada kes yang sedang berjalan terhadapnya.

"Mengapa ia tidak dipersoalkan? Sebab itu saya tegaskan isu ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan jelas membuktikan wujudnya 'double standard' di kalangan pembangkang," ujar beliau lagi.

Selain Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng turut pernah disabitkan oleh mahkamah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan atas kesalahan menerbitkan berita palsu dan menghasut.

Namun disebabkan sokongan dan pengaruh bapanya yang merupakan Pengerusi DAP Pusat, Lim Kit Siang (pada ketika itu), Guan Eng kembali aktif di dalam politik parti yang kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung dan seterusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Berita Bertarikh Pada 28 February 2014 3:42 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads