Sabtu, 8 Mac 2014

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Kompleks Penyayang pertama Malaysia <b>di Sri Aman</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 02:12 PM PST

by Kelvin Lambai. Posted on March 3, 2014, Monday

KOMPLEKS PENYAYANG MALAYSIA: Bangunan Kompleks Penyayang yang akan menempatkan agensi-agensi di bawah KPWKM, di Taman Sri Jaya, Sri Aman.

Sebuah bangunan untuk menempatkan kompleks ini telah dibina di Taman Srijaya, Sri Aman: Rohani

SRI AMAN: Kompleks Penyayang yang pertama di Malaysia akan diwujudkan di Sri Aman, Sarawak dalam masa terdekat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sebuah bangunan untuk menempatkan kompleks ini telah dibina di Taman Srijaya, Sri Aman.

Menurutnya, kementeriannya telah mengadakan perbincangan dengan pemaju bangunan berkenaan dan hasil perbincangan itu, pihaknya akan membeli bangunan tersebut untuk mewujudkan kompleks itu nanti.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen 201 Batang Lupar di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

Menurutnya, kompleks itu nanti akan menempatkan Pejabat-pejabat Kebajikan Masyarakat.

"Di situ juga akan diwujudkan taska, Pusat Warga Emas (PAWE), Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), bilik mesyuarat serta agensi-agensi yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan.

"Kesemua agensi ini akan berpindah ke kompleks ini nanti dalam masa terdekat dan ini akan memudahkan rakyat yang akan berurusan dengan kebajikan di mana kesemua agensi kami dikumpulkan bersama dalam kompleks ini nanti," jelasnya.

Katanya di kompleks itu juga mungkin akan diwujudkan Anjung Kasih bagi memberi peluang kepada rakyat yang menjaga saudara-mara yang dimasukkan ke wad di hospital menumpang sementara sebagai tempat persingahan mereka.

"Kami akan mewujudkan kemudahan ini kepada rakyat di sini sekiranya kompleks ini tidak berjauhan dari hospital di mana kompleks ini adalah berkonsepkan UCT dan yang pertama di Malaysia," jelasnya.

Tambahnya, kompleks bertkenaan akan menjadi perintis kepada kompleks yang lain yang akan diwujudkan di seluruh negara dan di Sri Aman, ini adalah yang pertama.

Jelasnya, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Pembangunan Penduduk, Keluarga dan Negara (LPPKN) untuk menwujudkan sebuah cafe untuk tujuan anak-anak muda kita sebagai pusat perjumpaan mereka.

"Bangunan dua tingkat itu turut mempunyai 32 bilik dan kami menjangkakan agensi-agensi yang berkaitan dengan kebajikan akan berpindah ke kompleks berkenaan dalam masa terdekat," ujarnya.

Malah katanya, semua program yang berkaitan dengan kebajikan juga akan dilaksanakan di sini bagi mendekatkan agensi kebajikan dengan masyarakat," katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh serta Temenggung Abang Bohari Abang Zen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads