ads

Jumaat, 14 Mac 2014

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Pokok tumbang menggemparkan pengguna jalan raya <b>di Sarikei</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 02:41 PM PST

PANTAS: Anggota bomba berusaha membersihkan dahan pokok yang merintangi jalan.

SARIKEI: 'Mencemaskan dan di luar dugaan'. Itulah kata-kata seorang pemandu kereta apabila berhadapan dengan situasi tidak dijangkakan setelah sebatang pokok bersaiz agak besar tumbang merintangi Jalan Kwang Ming/Minah, di sini sekitar jam 7 petang kelmarin.

Pemandu terbabit yang hanya dikenali sebagai Ah Seng berkata, dia tidak menyangka pokok yang tumbang itu hampir-hampir terkena keretanya yang melalui lokasi terbabit.

"Kejadian itu sememangnya di luar jangkaan, kerana pada waktu itu tiada sebarang ribut dan angin kencang bertiup.

"Tiba-tiba dalam jarak lebih kurang 10 meter selepas saya melalui lokasi tersebut, sewaktu saya melihat cermin pandang belakang, saya lihat satu benda yang besar tumbang merintangi jalan.

"Saya berhenti dan mendapati sebatang pokok bersaiz agak besar telah tumbang. Kejadian itu menyebabkan jalan berkenaan tidak dapat dilalui sebarang kenderaan, berikutan dahan pokok terbabit yang berjuntaian di tengah jalan," katanya ketika ditemui di lokasi terbabit petang kelmarin.

Beberapa pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi berkenaan segera membuat panggilan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarikei bagi memohon bantuan memotong dahan kayu di atas jalan berkenaan.

Pasukan bomba bersama sebuah jentera pemadam bergegas ke lokasi kejadian diketuai Ketua Operasi Abang Joharie.

Bomba mengambil masa lebih kurang 15 minit memotong dan membersihkan dahan pokok yang tumbang itu.

"Kami bersyukur kerana pokok terbabit tidak tumbang dan menimpa pengguna-penguna jalan raya yang melalui jalan terbabit dan tidak tumbang ke arah tiang elektrik.

"Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan berlaku kereputan pada akar pokok berkenaan ataupun akibat serangan anai-anai," jelasnya.

Rata-rata pengguna jalan terbabit memuji kepantasan pihak bomba yang berusaha penuh tenaga dan kepakaran mereka untuk mengatasi masalah yang berlaku.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved