11 di mukah sarawak - Google Blog Search |
Belukar <b>di</b> tepi Jalan <b>Mukah</b>-Oya terbakar - The Borneo Post Online Posted: 12 Mar 2014 02:46 PM PDT MUKAH: Kawasan belukar yang ditumbuhi lalang dan kayu kering berhampiran pantai Kampung Petian di Jalan Mukah-Oya terbakar dipercayai akibat faktor cuaca panas sejak beberapa hari lepas. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahagian Mukah Alimat Sam, kejadian seumpana ini sering berlaku pada bulan Februari hingga Mac. Beliau memberitahu, kemungkinan kebakaran berlaku akibat faktor cuaca dan sikap perokok tegar yang membuang puntung rokok sesuka hati di kawasan yang kering. "Setakat ini pada bulan Februari, kami telah menerima sembilan laporan kebakaran yang melibatkan kebakaran belukar dan pada bulan ini (Mac), kita menerima 21 laporan sejak 1 Mac. "Kebakaran seumpama ini sering berlaku terutamanya di kawasan yang sangat terdedah kepada cahaya matahari dan seterusnya menyebabkan kawasan tersebut kering. "Selain itu, sikap masyarakat terutamanya perokok yang membuang puntung rokok sesuka hati juga boleh menyebabkan kebakaran," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam. Difahamkan, kebakaran belukar di kawasan tersebut telah berlaku sejak malam kelmarin dan pihak bomba telah beberapa kali ke tempat kejadian untuk memadamkannya. Beliau menambah, lokasi sering berlaku kebakaran melibatkan kawasan menuju ke Kingwood Resot, Muakah dan Jalan Mukah-Oya. Justeru, Alimat mengingatkan masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dan melaporkan dengan segera sekiranya berlaku insiden kebakaran. |
You are subscribed to email updates from di mukah sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan