11 di marudi sarawak - Google Blog Search |
Hujan kurangkan jerebu <b>di Marudi</b> - The Borneo Post Online Posted: 13 Mar 2014 09:01 AM PDT MARUDI: Jerebu yang agak teruk menyelubungi pekan ini sejak seminggu lalu, sudah pulih sedikit semalam selepas hujan turun kira-kira 20 minit pada petang dan malam kelmarin. Hujan yang turun di pekan ini termasuk di kawasan lain dalam tempoh 20 dan 15 minit itu juga menyebabkan pemandangan di sekitar pekan ini lebih cerah. Sebelum hujan turun, keadaan berjerebu di pekan ini agak teruk, khususnya pada waktu pagi, walaupun tidak ada kebakaran terbuka dilakukan. Bagaimanapun, tinjauan Utusan Borneo mendapati jerebu berkenaan mungkin berpunca daripada kebakaran terbuka yang dilakukan di beberapa buah lokasi sepanjang Jalan Miri-Marudi. Keadaan lebih buruk berikutan musim kemarau ini yang telah menyebabkan jalan berpasir, yang turut memburukkan lagi keadaan berjerebu. Dalam pada itu, musim kamarau yang melanda hampir tiga minggu ini, tanpa hujan (kecuali kelmarin) telah menyebabkan ramai penduduk rumah panjang merungut kerana ia menyebabkan timbulnya isu ketiadaan air. Kebanyakan masyarakat Iban yang tinggal di sepanjang Jalan Marudi-Poyut/Lubok Nibong bergantung kepada air hujan yang disimpan dalam tangki air 1Malaysia serta beberapa anak sungai berdekatan rumah panjang mereka. Namun, keadaan kemarau yang berlaku telah menyebabkan beberapa anak sungai menjadi semakin cetek dan berwarna kekuningan. "Sehubungan itu, kami berdoa agar hujan turun untuk memenuhi tangki 1Malaysia yang dibekalkan dan pada masa yang sama menyelesaikan krisis bekalan air kami, sebelum keadaan semakin sukar kelak," ujar salah seorang penduduk kepada Utusan Borneo di sini, semalam. |
You are subscribed to email updates from di marudi sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan