ads

Isnin, 24 Mac 2014

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Pekan <b>Lubok Antu</b> dilanda ribut kencang - Borneo Post

Posted: 17 Feb 2014 02:13 PM PST

DIHEMPAP POKOK: Zaini (dua kanan) bersama penduduk kampung melawat rumah Salamah Abdullah yang dihempap sebatang pokok dalam kejadian itu.

LUBOK ANTU: Ribut kencang yang melanda pekan Lubok Antu, dalam bahagian Sri Aman telah menyebabkan beberapa batang pokok dan tiang elektrik tumbang manakala atap rumah berterbangan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 pagi semalam.

Kejadian itu telah menyebabkan kawasan sekitar pekan Lubok Antu terputus bekalan elektrik dan menyebabkan kawasan itu bergelap seketika.

Namun begitu tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

Pembantu Khas Parlimen Lubok Antu Zainie Ajie berkata, kejadian seumpama itu jarang berlaku dan ia amat mengejut penduduk Lubok Antu.

"Saya telah melawat sebuah rumah di perkampungan Melayu Lubok Antu yang dihempap sebatang pokok besar dalam kejadian itu.

"Saya akan memaklumkan kejadian itu kepada Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak untuk membantu mangsa," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Difahamkan Pejabat Daerah Lubok Antu akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk mengambil tindakan lanjut susulan kejadian itu.

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved