Sabtu, 8 Februari 2014

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


PERWANI peringkat negeri dilancar <b>di Sri Aman</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 08:47 AM PST

PUSA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melancarkan Komuniti Pertubuhan Wanita 1Malaysia (PERWANI) di Dewan Suarah Sri Aman pada 25 Januari ini.

Majlis pelancaran peringkat negeri itu akan disempurnakan oleh Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Rohani memberitahu dengan pelancaran tersebut beliau mengharapkan lebih ramai golongan wanita khususnya di Sarawak menyertai PERWANI yang telah diperkenalkan sejak Mac 2013.

"Setakat ini, lebih 2,000 PERWANI telah ditubuhkan dan tiada satu pun penyertaan dari Sarawak.

"Justeru, saya amat berharap dengan adanya pelancaran ini, ia dapat menarik ramai golongan wanita Sarawak menyertai PERWANI," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Program Maulidur Rasul di Kampung Kalok di sini, semalam.

PERWANI merupakan pertubuhan yang diwujudkan untuk menyebar luas dan memberi penerangan mengenai inisiatif diperkenalkan kerajaan.

Selain itu, ia membantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan AMANITA meningkatkan keselamatan kejiranan, melaksanakan program transformasi komuniti dan pemerkasaan ekonomi.

PERWANI dibuka kepada golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas di seluruh negara dan diwakili oleh 10 hingga 20 orang dalam satu kumpulan.

Mereka yang mahu menjadi ahli boleh mendapatkan borang di pejabat KPWKM dan agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pembangunan Wanita.

Tambah Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, pihak kementerian akan meletakkan borang tersebut di pejabat agensi di bawah KPWKM dan jabatan kerajaan yang lain untuk memudahkan orang ramai mendapatkannya dan mendaftar sebagai ahli.

"Pihak kementerian juga tidak lama lagi akan mewujudkan laman sesawang PERWANI untuk memudahkan orang ramai mendapatkan borang secara talian di samping mengadakan pelbagai aktiviti promosi bagi meningkatkan bilangan PERWANI di seluruh Malaysia.

"Dengan cara ini, ia sekali gus akan dapat memenuhi hasrat kerajaan yang ingin mencapai sebanyak 100,000 PERWANI ditubuhkan menjelang tahun 2015 nanti," kata beliau.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads