Sabtu, 1 Februari 2014

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2014 03:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pembalak haram bermaharajalela <b>di</b> tiga kawasan <b>di Serian</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 08:11 AM PST

KUCHING: Meskipun lebih 13 laporan polis dibuat oleh penduduk di kawasan Tanah Mawang, Karangan dan Menyang di daerah Serian berhubung aktiviti pencerobohan di kawasan itu, namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab bagi mengatasinya.

Laporan polis itu turut merangkumi laporan atas tindakan kekerasan penceroboh terhadap penduduk tempatan dan syarikat perladangan di kawasan yang terjejas.

Menurut jurucakap penduduk yang terjejas, penceroboh turut didakwa menggunakan khidmat gengster untuk mengancam dan menakut- nakutkan penduduk sekiranya mengganggu aktiviti pembalakan haram mereka.

"Beberapa orang penduduk cedera akibat dibelasah oleh gengster yang diupah dan mereka juga menyerang syarikat perladangan selain merosakkan pintu masuk ke ladang dan kenderaan syarikat tersebut.

"Malah, mereka juga mempunyai senapang untuk menakutkan kami dan pernah sekali mereka melepaskan tembakan," kata jurucakap penduduk terjejas ketika ditemui di sini semalam.

Beliau memberitahu terdapat lapan kampung terjejas akibat aktiviti haram itu dan ia turut menyebabkan pencemaran sumber air di kawasan terbabit.

"Penduduk mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih kerana kawasan terjejas itu adalah kawasan tadahan air yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan dan empangan sistem bekalan air paip graviti oleh kerajaan negeri," tambahnya.

Selain itu, katanya kesemua ketua kampung di kawasan itu juga telah menyerahkan surat permohonan memberhentikan menggunakan jalan kampung kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Serian untuk membantah lori kayu balak menggunakan jalan tersebut.

"Terdapat beberapa kawasan di sepanjang jalan kampung rosak akibat aktiviti haram ini dan dalam keadaan ini kami penduduk terjejas hidup dalam ketakutan setiap hari kerana bimbang akan keselamatan dan nyawa kami.

"Kami amat berharap bantuan segera dapat disalurkan daripada pihak berkuasa dan kerajaan negeri dalam menyelesaikan kemelut kami ini," ujarnya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Oct 2013 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Gejala dadah <b>di Serian</b> semakin membimbangkan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2013 09:22 AM PDT

Posted on September 28, 2013, Saturday

PENGHARGAAN: Muhammad Sabtu (dua kanan) menerima cendermata daripada Mohd Jamali sebagai tanda kenangan kunjungan ke IPD Serian, semalam.

KUCHING: Polis mencari langkah terbaik untuk menangani masalah salah guna dadah yang semakin membimbangkan di Serian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, jumlah pesalah dadah di daerah itu bertambah sebanyak 40 orang pada tahun ini berbanding tahun lepas.

'Tangkapan tahun lepas adalah 150, tahun ini 190 iaitu peningkatan 40 orang.

Bagi saya, kita perlu lihat kenapa terdapat kenaikan penyalahgunaan dadah di sini.

"Saya juga telah mengarahkan KPD (Ketua Polis Daerah) Serian untuk berhubung dengan Ketua Jabatan Narkotik di Kuching supaya dibuat pemerhatian selain mencari jalan untuk menurunkan kadar penyalahgunaan dadah di sini.

"Walaupun tidak begitu menggusarkan, kita tidak mahu semakin ramai penduduk di sini terjebak dalam penyalahgunaan dadah," katanya ketika ditemui pada majlis lawatan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian dekat sini, semalam.

Sejak ditugaskan ke sini baru-baru ini, ia merupakan kali pertama beliau mengadakan lawatan ke IPD Serian.

Sabtu berkata, biarpun masalah dadah kian membimbangkan, Serian yang mempunyai populasi seramai 141,200 orang mencatatkan penurunan jenayah sebanyak 40 peratus berbanding tahun lepas.

Ujar beliau, penurunan itu bukan retorik semata-mata selain memuji para anggota IPD Serian kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

Pada masa yang sama, beliau berharap dengan terlaksananya Akta Pencegahan Jenayah yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri kelmarin akan memudahkan lagi kerja-kerja pihaknya dalam menjaga keselamatan rakyat.

"Akta yang kita gunakan sekarang kalau digabungkan dengan Akta Pencegahan Jenayah yang akan diluluskan kelak, ia akan menjadi lebih baik untuk masyarakat kita hidup dengan aman dalam masyarakat yang majmuk.

"Kalau kita tidak melakukan kesalahan, kita tidak perlu gusar," katanya.

Sementara itu, berkaitan Ops Cantas, beliau memberitahu pihaknya telah menjalankan pemeriksaan mengikut pecahan kaum iaitu Cina 3,354 orang, Melayu (4,235), India (21) serta lain-lain bangsa 4,074 orang.

"Jumlah keseluruhan yang telah diperiksa setakat ini ialah 11,884 orang.

Tangkapan mengikut bangsa pula ialah Melayu 93 orang, Cina (100), India (1) dan lain-lain bangsa 114 orang dengan jumlah keseluruhan 308 orang.

"Manakala pemeriksaan kenderaan, kita telah jalankan terhadap 9,905 buah termasuk kereta dan motosikal, manakala 851 saman yang dikeluarkan," tambahnya.

Dalam pada itu, KPD Serian DSP Mohd Jamali Umi berkata, pihaknya belum menangkap sebarang pesalah yang terlibat sebagai pelampau agama, gengsterisme dan sebagainya.

Ditanya mengenai kegiatan van sapu yang membawa penumpang melebihi muatan, beliau berkata pihak terbabit akan dikenakan saman atau denda jika sabit kesalahan.

Pihaknya turut merancang untuk memperhebatkan sekatan jalan raya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung masalah itu daripada berlarutan, katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Sabtu: Kes makai dadah <b>di Serian</b> balat ngirauka ati – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2013 09:08 AM PDT

Posted on September 28, 2013, Saturday

SERIAN: Kes makai dadah di Pelilih Serian ti majak nambah ba taun 2013 balat ngirauka raban polis.

Kepala Polis Menua Sarawak, Senior DCP Dato Wira Muhammad Sabtu Osman madah penyampau kes nya udah nambah 40 iku enti dibandingka enggau penyampau ba taun 2012.

"Penyampau orang salah makai dadah ke ditangkap ba taun 2012 iya nya 150 iku. Taun 2013 tu kitai udah nangkap 190 iku, retinya penyampau tu nambah 40 iku lalu kitai patut beratika kebuah kes tu majak nambah ditu.

"Aku udah ngerah KPD Serian ngadu kerejasama enggau Kepala Opis Narkotik di Kuching ngambika bela begigaka jalai ngurangka penyampau kes dadah ditu.

"Enda mega tau ngasuh kitai irau, tang semina kitai enggai meda mayuh agi rayat Serian teparuk enggau penyalah makai dadah,"ku iya lebuh dikerandau pemberita maya nemuai ngagai Opis Polis Pelilih (IPD) Serian ditu, kemari.

Ba penemuai keterubah iya ngagai opis polis nya, Sabtu bisi mega meresa baris raban polis, nyain bup temuai sereta mendingka penerang ari raban polis Serian.

Iya mega madah, rikut penyalai jai di Serian ti diuan 141,200 iku orang udah nurun 40 persin enti dibandingka enggau taun 2012.

Ku iya, statistik nya ukai sengapa digaga lalu iya muji raban polis Serian ti udah bejalaika tanggungpengawa enggau manah.

Ba kaul ke sama, iya ngarap nengah 'Akta Pencegahan Jenayah' ti baru udah ditumbuh Menteri di Opis Menteri Dalam Menua (KDN) kemari, atur ngintu pengelikun rayat deka muntang agi dikereja.

"Ngelamatu kitai ngena akta CPC, enti dikena begulai enggau 'Akta Pencegahan Jenayah' ti udah dikemendar, rayat kitai deka idup enggau likun sereta lantang,"ku iya.

Ngenang senentang OPS Cantas, Wira madah, polis udah meresa 3,354 iku bansa China, 4,235 Melayu, 21 India enggau 4,074 bansa bukai.

"Penyampau semua ti udah diperesa diatu iya nya 11,884 iku. Kitai udah nangkap 93 iku bansa Melayu, China 100, India 1 sereta 114 iku bansa bukai.

"Kelimpah ari nya, kitai udah meresa 9,905 buah perengka pengangkut nyengkaum entukar enggau mutosikal ke alai 851 saman udah dikeluar," ku iya.

Kepala Polis Pelilih (KPD) Serian, DSP Mohd Jamali Umi madah naka ke diatu polis nadai nangkap orang ngereja pengawa jai baka bala bayat sereta ke bukai.

Nyaut tanya pemberita, iya netapka van sapu ke mai lebih orang tambang deka disaman tauka diukum mata duit enti ditemu salah.

Polis merambu ngatur mayuh agi sekat ba jalai alun begulai enggau JPJ ngambika tau nyeliah penyalah nya ari majak nyadi.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads