Isnin, 3 Februari 2014

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Barang keperluan <b>di Limbang</b> cukupi peniaga diingat tidak naikkan <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2014 01:59 PM PST

PANTAU: Mohd Tarmizi (kiri) dan Wendy menimbang barang kawalan sempena pelancaran SKHMP Tahun Baharu Cina di bangunan Tamu Limbang, kelmarin.

LIMBANG: Bekalan barang keperluan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini mencukupi dan peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sempena musim perayaan.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Limbang Jubin Janggong berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kekurangan bekalan barang keperluan terutama pada sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Katanya kerajaan menetapkan harga 12 jenis barang kawalan, antaranya daging babi, ayam dan bawang putih di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang berkuat kuasa mulai 26 Januari ini hingga 9 Februari depan, namun peniaga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang keperluan lain.

"Selain bekalan mencukupi, peniaga juga mematuhi SKHMP dengan harga yang ditetapkan dan meletakkan harga dengan pelekat merah jambu bagi membezakan barangan yang dikawal," katanya ketika dihubungi semalam.

Operasi SKHMP yang dilancarkan kelmarin turut disertai dua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Bahagian Mohd Tarmizi Mohd Amin dan Wendy Dasu serta enam anggota penguat kuasa lain.

Jubin berkata pihaknya turut berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan para peniaga di bangunan Tamu Limbang dan Pasar Limbang.

"Setakat ini peniaga mempunyai kesedaran tinggi untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan KPDNKK dengan tidak menaikkan harga dan meletakkan harga dengan tanda merah jambu," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan SKHMP bertujuan mengelak kenaikan harga sesuka hati semasa musim perayaan.

"Pada masa sama, ia merupakan langkah kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat di seluruh negara," katanya.

Katanya pihak KPDNKK tidak akan bertolak ansur dalam hal tersebut dan mereka yang tidak mengikut peraturan akan dikenakan tindakan tegas oleh anggota penguatkuasaan yang menjalankan pemantauan kerap di sekitar bangunan tamu dan premis perniagaan.

Jelasnya seramai 10 pegawai termasuk kakitangan pegawai pemantau harga kementerian itu akan bertugas sepanjang pelaksanaan SKHMP di beberapa premis di sini.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads