Selasa, 11 Februari 2014

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Awang Tengah nafi terdapat harta karun <b>di Lawas</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 05:18 PM PST

by Mastura Ismail. Posted on February 8, 2014, Saturday

LIMBANG: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam menafikan dakwaan terdapatnya harta karun di Lawas seperti yang hangat diperkatakan di beberapa laman sosial.

Beliau berkata, cerita (harta karun) tidak pernah berlaku sebaliknya cerita sedemikian perlu diselidik terlebih dahulu bagi mengelak perkara buruk berlaku.

"Berhati-hatilah, jangan mudah terpengaruh dan terpedaya dengan cerita-cerita begini sehingga boleh mengakibatkan kehilangan jiwa.

"Dari segi kewarasan memang tidak masuk akal," katanya ditemui pada kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Temenggung Ang Kheng Su di sini semalam.

Turut sama isterinya, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang, Residen Bahagian Limbang Maria Hasman, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim dan Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Awang Tengah berkata, orang ramai perlu mengelak daripada dipengaruhi pihak tertentu termasuk bomoh.

"Benda ini tidak sepatutnya berlaku, jangan disebabkan oleh perasaan hendak cepat kaya kita sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal," ujarnya.

Beliau berkata, rakyat harus berusaha lebih gigih dalam mengubah taraf hidup mereka dan bukannya bersandarkan kepada mimpi semata-mata.

Isnin lalu, dua lelaki menyertai usaha mencari harta karun dipercayai tertanam di sempadan Lawas dan Temburong, Brunei, menemui ajal manakala tiga yang lain terselamat selepas terperangkap di dalam terowong bawah tanah.

Kelima-lima mangsa berasal dari Kampung Lintang Baru, Trusan di sini terperangkap di dalam lubang terowong buatan sendiri selebar satu meter dengan kedalaman lebih 50 kaki.

Menurut sumber sebelum kejadian, salah seorang daripada lima mangsa terbabit bermimpi kononnya terdapat banyak harta karun berupa emas yang tertanam di bawah bukit yang menjadi sempadan antara daerah Lawas dan daerah Temburong, Brunei.

Semua mangsa dalam usaha mencari harta karun tersebut dengan membawa bersama keperluan mereka termasuk untuk 'meminta' harta karun berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai Kempen Tanda Tangan Dasar Elektrik Yang Lebih Adil dijalankan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak dengan menyasar 100,000 tanda tangan, Awang Tengah berkata, ia dilakukan untuk tujuan meraih undi dan populariti.

Beliua menjelaskan, tindakan DAP itu adalah satu langkah untuk popular.

"Kita kena realistik, pembekalan elektrik bukan suatu yang murah dan mudah terutama di Sarawak dengan keadaan geografi dan bentuk muka bumi yang mencabar," katanya.

Beliau menjelaskan, secara puratanya Sarawak sudah mengenakan tarif elektrik lebih murah berbanding tarif dikenakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Malaysia.

"Bukan sahaja di Malaysia, malah tarif elektrik dikenakan kerajaan negeri ini antara termurah di rantau ini," tambahnya.

Katanya, melalui keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga pengguna elektrik menggunakan elektrik sebanyak RM20 sebulan juga tidak dikenakan bayaran, sebaliknya ditanggung kerajaan yang memberi manfaat kepada ramai pengguna.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads