Rabu, 5 Februari 2014

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Dua beradik maut, terperangkap dalam terowong <b>di Lawas</b> <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2014 01:39 AM PST

LAWAS: Dua beradik 50-an disahkan lemas manakala tiga mangsa lain selamat selepas terperangkap dalam terowong buatan sendiri di Kampung Lintang Baru, Lawas, pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Raut Singa dan Gelawat Singa masing-masing berusia dalam lingkungan 50-an.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas membawa keluar mayat Raut pada kira-kira jam 1.50 tengah hari manakala mayat Gelawat pada kira-kira jam 2.04 petang.

Kedua-duanya lemas akibat terhidu gas dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi itu.Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, terdahulu pihaknya berjaya mengeluarkan tiga mangsa lain iaitu Pandi Charles, 17, Anuar Abdullah, 18 dan Wasgali, 40-an.

Katanya, mangsa yang terselamat kini dirawat di Hospital Daerah Lawas.

*gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads