Selasa, 18 Februari 2014

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


10 Tempat Menarik <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> yang MESTI pergi <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 12:00 AM PST

Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang. Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.
Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan  merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. 
Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke  tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.


#2- PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE)
PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan.
Dulunya, Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain.

Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah!

Gambar di atas ialah Kubah Ria Food Court yang menempatkan pelbagai jenis juadah yang sedap dan istimewa orang Sarawak.
Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini.


#5-TAMAN NEGARA GUNUNG GADING

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. 
Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.
Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan.

Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib  baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun.

Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'jajan' made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif.

#8-JONG'S CROCODILE FARM
Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.
Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti, pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong.

Tempat tempat Menarik yang lain :

  Taman Negara Kubah,
 Taman Orkid,
 Fairy Cave,
Muzium Sejarah Cina,
Muzium Sarawak,
 Tokong Tua Pek Kong,
Muzium Tekstil,
Muzium Kuching,
Masjid Kuching,
 Kompleks Mahkamah Lama,
 Astana Negeri Sarawak,
Kubu Margherita,
Damai Central,
Muzium Islam,
Tugu Kuching,
 Pasu Sarawak,
Kek Lapis Sarawak,
Sarawak River Cruise,
 dan Bazaar Kaum Bidayuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads