di negeri sarawak - Google Blog Search |
BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search Posted: 03 Jan 2014 01:34 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
kempen dap dan crusaders untuk pilihanraya <b>negeri sarawak</b> <b>...</b> Posted: 02 Jan 2014 02:10 AM PST DAP memang mengidam sangat-sangat Sarawak. Walau dengan cara apa sekalipun, DAP mahu merampas Sarawak. Malah pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, DAP secara terbuka menggunakan kempen ANTI-CHRIST untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Bumiputera Sarawak walaupun akhirnya DAP tidak berbuat apa-apa pun untuk masyarakat tersebut, bahkan cuba pula menguasai tanah anak negeri untuk kepentingan peribadi mereka. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencetuskan kemarahan luar biasa di kalangan penganut agama Katholik di Sarawak. Bagi yang kurang mengingati, pada PRN Sarawak lalu, isu Al-Kitab dan kekangan KDN terhadap Al-Kitab bermula di Selangor. Kalimah ALLAH yang menimbulkan kontroversi juga bermula di Selangor dan dijadikan isu di Sarawak walaupun secara jelas, Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 membolehkan penganut-penganut Katholik menggunakan kalimah ALLAH dalam aktiviti agama mereka. Undang-undang yang melarang penggunaan kalimah ALLAH bagi kalangan bukan Islam hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sahaja. Dari Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri sehinggalah tertubuhnya Malaysia, Semenanjung mengekalkan undang-undang berkenaan. Namun DAP yang dibarisi oleh barisan peguam yang sangat bijaksana selain mendapat sokongan daripada Jesuit pula berjaya menemukan jalan untuk mencetuskan kontroversi di sebalik kekangan tersebut, terutama selepas kejayaan mereka memperdayakan Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh UMNO-BN untuk menghapuskan Akta Dalam Negeri (ISA). Hari ini, bermulalah kempen secara agresif oleh DAP bagi menawan Sarawak apabila Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu dan merampas 47 naskhah Bible berbahasa Melayu, Al-Kitab di premis The Bible of Malaysia, No.2, Jalan SS20/10, Damansara Kim, Petaling Jaya. Seramai 15 orang pegawai dan anggota JAIS yang diketuai oleh Mohd Shahzihan bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIS telah sampai ke lokasi tersebut dan membuat tangkapan ke atas dua orang lelaki Cina dan merampas Bible-Biblle tersebut. Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam kerana menggunakan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu bersumberkan agama Islam (Kalimah ALLAH). Kedua-dua lelaki terbabit yang ditangkap adalah Lee Min Choon, 59 tahun dan Wong Ah Choy, 57 tahun. Mereka telah dibawa ke Balai Polis Damansara untuk proses dokumentasi dan laporan polis oleh pegawai JAIS. Setelah keterangan diambil, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis. Namun kedua-dunay perlu hadir ke pejabat JAIS pada 7 Januari 2014 jam 10:00 pagi untuk diambil keterangan lanjut. Isu ini akan digunakan secara meluas di Sarawak oleh DAP untuk membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia menyekat kebebasan beragama terutama sekali di kalangan masyarakat penganut Katholik tanpa sedikit pun mereka akan menerangkan, Perjanjian Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak memberikan kelebihan kepada penganut Katholik di Sarawak dan Sabah berbanding di Semenanjung. |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan