ads

Isnin, 13 Januari 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


kempen dap dan crusaders untuk pilihanraya <b>negeri sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2014 02:10 AM PST


DAP memang mengidam sangat-sangat Sarawak. Walau dengan cara apa sekalipun, DAP mahu merampas Sarawak. Malah pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, DAP secara terbuka menggunakan kempen ANTI-CHRIST untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Bumiputera Sarawak walaupun akhirnya DAP tidak berbuat apa-apa pun untuk masyarakat tersebut, bahkan cuba pula menguasai tanah anak negeri untuk kepentingan peribadi mereka.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencetuskan kemarahan luar biasa di kalangan penganut agama Katholik di Sarawak.

Bagi yang kurang mengingati, pada PRN Sarawak lalu, isu Al-Kitab dan kekangan KDN terhadap Al-Kitab bermula di Selangor. Kalimah ALLAH yang menimbulkan kontroversi juga bermula di Selangor dan dijadikan isu di Sarawak walaupun secara jelas, Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 membolehkan penganut-penganut Katholik menggunakan kalimah ALLAH dalam aktiviti agama mereka.

Undang-undang yang melarang penggunaan kalimah ALLAH bagi kalangan bukan Islam hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sahaja. Dari Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri sehinggalah tertubuhnya Malaysia, Semenanjung mengekalkan undang-undang berkenaan.

Namun DAP yang dibarisi oleh barisan peguam yang sangat bijaksana selain mendapat sokongan daripada Jesuit pula berjaya menemukan jalan untuk mencetuskan kontroversi di sebalik kekangan tersebut, terutama selepas kejayaan mereka memperdayakan Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh UMNO-BN untuk menghapuskan Akta Dalam Negeri (ISA).

Hari ini, bermulalah kempen secara agresif oleh DAP bagi menawan Sarawak apabila Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu dan merampas 47 naskhah Bible berbahasa Melayu, Al-Kitab di premis The Bible of Malaysia, No.2, Jalan SS20/10, Damansara Kim, Petaling Jaya.

Seramai 15 orang pegawai dan anggota JAIS yang diketuai oleh Mohd Shahzihan bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIS telah sampai ke lokasi tersebut dan membuat tangkapan ke atas dua orang lelaki Cina dan merampas Bible-Biblle tersebut.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam kerana menggunakan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu bersumberkan agama Islam (Kalimah ALLAH).

Kedua-dua lelaki terbabit yang ditangkap adalah Lee Min Choon, 59 tahun dan Wong Ah Choy, 57 tahun.

Mereka telah dibawa ke Balai Polis Damansara untuk proses dokumentasi dan laporan polis oleh pegawai JAIS. Setelah keterangan diambil, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis. Namun kedua-dunay perlu hadir ke pejabat JAIS pada 7 Januari 2014 jam 10:00 pagi untuk diambil keterangan lanjut.

Isu ini akan digunakan secara meluas di Sarawak oleh DAP untuk membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia menyekat kebebasan beragama terutama sekali di kalangan masyarakat penganut Katholik tanpa sedikit pun mereka akan menerangkan, Perjanjian Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak memberikan kelebihan kepada penganut Katholik di Sarawak dan Sabah berbanding di Semenanjung.

Banjir: PAS <b>Sarawak</b> simpati, minta <b>negeri</b> lebih efisien

Posted: 01 Jan 2014 07:32 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sarawak menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di negeri itu dan mengucapkan takziah ke atas kehilangan ahli keluarga dan kerosakan harta benda.

Justeru itu, Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden mendesak agar kerajaan negeri dapat bertindak segera di dalam aspek penyelamatan dan penyediaan penempatan banjir yang selesa.

Katanya, PAS negeri juga meminta kerajaan menyedia dan menyalurkan bantuan keperluan asas yang mencukupi sepertu makanan, lampin pakai buang, susu,selimut, pakaian dan juga air bersih di sepanjang mangsa banjir berada di pusat pemindahan atau mangsa yang masih berada di rumah mereka tanpa mengira fahaman politik dan birokrasi yang ketat.

Berikut kenyataan penuh.

Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat (4) bahagian di Sarawak dilanda banjir yang teruk.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri dalam laporan laman sesawangnya menyatakan beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air di antara 0.5 meter hingga satu meter.

Kebanyakan kawasan yang dinaiki air adalah kawasan yang rendah dan kawasan yang sedang dalam proses pembangunan.

Akhbar Borneo Post melaporkan kejadian perahu karam akibat paras air meningkat menyebabkan dua (2) orang hilang manakala tiga (3) orang lagi dapat diselamatkan di Sungai Sebiew Daerah Bintulu.

Sementara di Kota Samarahan, seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun mati lemas akibat kereta yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Kenyataan media oleh Timbalan ketua Menteri yang juga Pengerusi Bencana Negeri Tan sri Alfred Jabu Anak Numpang berkata beberapa laluan jalan perhubungan darat di antara daerah kecil di Bakong dan Bandaraya Miri turut terjejas.

Sebahagian kawasan di negeri Sarawak juga terputus hubungan jalan raya ekoran daripada banjir yang melanda dan kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan yang turun tanpa henti dan lebat sejak beberapa hari.

PAS Negeri Sarawak menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir dan ingin mengucapkan takziah ke atas kehilangan ahli keluarga dan kerosakkan harta benda atas musibah yang melanda mereka.

Justeru itu, PAS Sarawak mendesak agar kerajaan negeri dapat mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut:-

1. Bertindak segera di dalam aspek penyelamatan dan penyediaan penempatan banjir yang selesa.

2. Menyedia dan menyalurkan bantuan keperluan asas yang mencukupi sepertu makanan, lampin pakai buang, susu,selimut, pakaian dan juga air bersih di sepanjang mangsa banjir berada di pusat pemindahan atau mangsa yang masih berada di rumah mereka tanpa mengira fahaman politik dan birokrasi yang ketat.

3. Mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan dan bekalan air bersih bagi mengelakkan berlakukannya wabak yang tidak diingini.

4. Khemah untuk satu keluarga agar dapat melindungi aurat wanita/gadis hatta lelaki dari tidur berselerakkan di pusat pemindahan dan boleh menimbulkan prasangka buruk. Ia bertepatan dengan rakyat Malaysia bumiputra yang masih mempunyai adat budaya serta kesopanan yang tinggi.

5. Membantu memudahkan penjawat awam atau swasta yang mempunyai akaun pinjaman perumahan maupun pinjaman yang lain bagi memudahkan mereka membuat tuntutan insurans/takaful terhadap harta benda mereka yang musnah.

6. Cuti khusus tanpa rekod kepada kakitangan kerajaan dan mengarahkan mereka dalam misi membantu kerja kerja menyelamat serta menghulur tenaga mereka bagi membantu mangsa banjir; dan

7. Memberi sumbangan kilat ke atas keluarga mangsa banjir yang mati akibat bencana ini.

Sehubungan dengan itu PAS Sarawak juga di dalam masa yang sama akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan bantuan menerusi berbagai jentera parti di dalam meringankan beban mangsa walaupun kami tidak mampu menyaingi dana/gerak kerja kerajaan negeri yang mempunyai akses kewangan dan agensi yang lebih besar dan luas.

Akhir sekali, PAS Sarawak berharap kerajaan negeri dapat menunaikan kewajipan mereka sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat yang memilih mereka.

Ini ditambah lagi dengan sumber kewangan dan dana rizab Negeri Sarawak yang sememangnya diketahui umum di antara yang tertinggi di Sarawak.

PAS Sarawak juga menyeru pihak Kerajaan Persekutuan yang mempunyai dana khas juga dapat lebih proakatif dan segera bertindak bagi membantu rakyat Sarawak yang sedang dilanda musibah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved