ads

Khamis, 16 Januari 2014

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Sub Close juara saingan tarik tali Karnival Sukan Mini JTS <b>Sri Aman</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 08:13 AM PST

SRI AMAN: Pasukan Sub Close pimpinan Wan Noora­zlan muncul juara pada Pertandingan Tarik Tali sempena Karnival Sukan Mini Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sri Aman di Stadium Mini Sri Aman, kelmarin.

Pasukan Sub Close diba­risi Wan Noorazlan, Abu Bakar Jamaen, Awang Sebini, Atil Kuseng, Musi Achang, Malek Borhan, Azizie Azizi, Reagan Udam dan Awang Raduan muncul juara sete­lah menewaskan pasukan Poll Gurin pada perlawanan akhir.

Dengan kemenangan itu, Sub Close membawa pulang hadiah berupa hamper yang disampaikan Pegawai Tadbir Tanah JTS Sri Aman, Barau Gelayan.

Manakala Poll Gurin pimpi­nan Abdul Hadi yang di­anggotai Jamal Abu Bakar, Madihi Kawi, Azha Taha, Donny Sumok, Awang kay­um, Sarkawi Salleh, Wan Ahmad dan Awang Zaidi pula juga membawa pulang hadiah berupa hamper.

Turut sama Penolong Pega­wai Ukur Tanah dan Survey, Abdul Wahab Dillah dan Ketua Seksyen merangkap Setiausaha Kebajikan Landas JTS Sri Aman, Ramli Abu Sera.

Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian pada pertandingan itu yang diadakan sempena pengan­juran Karnival Sukan Mini JTS Sri Aman.

Pasukan-pasukan terba­bit ialah Sub Close, Hadi, Concrete Mark dan Sarawak Survei yang berentap dalam saingan Kumpulan A.

Sementara itu, pasukan Traverse, MSDB, Shooting Line dan No Mark pula bersa­ing dalam Kumpulan B.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved