Khamis, 16 Januari 2014

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jan 2014 07:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Dec 2013 07:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PTR Balai Ringin, <b>Simunjan</b> dan Pantu tidak burukkan k&#39;jaan BN <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 02:20 PM PST

PETER

SRI AMAN: Persatuan Tuai Rumah (PTR) Balai Ringin, Simunjan dan Pantu me-nyangkal sepenuhnya dakwaan yang dinyatakan Peng-hulu Pelie Jumbu menerusi laporan berita di salah sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Pengerusinya Kaunselor Tuai Rumah Peter Mooney berkata, dakwaan Pelie kononnya PTR Balai Ringin, Simunjan dan Pantu disalah guna bagi memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak berasas sama sekali.

Begitu juga menurut Peter, Pelie menerusi kenyataannya dalam akhbar itu turut mendakwa bahawa ramai tuai rumah dan wakil tuai rumah mahu mengundurkan diri daripada PTR Balai Ringin, Simunjan dan Pantu kerana kononnya persatuan itu di-salah guna, juga tidak benar.

Peter menegaskan bahawa PTR Balai Ringin, Simunjan dan Pantu adalah sebuah persatuan yang kian kukuh menerusi pertambahan ahli iaitu seramai 123 tuai rumah berdaftar ketika ini.

"Dakwaan Pellie itu adalah tidak benar sama sekali dan kami amat kesal dengan kenyataan yang kurang bijak itu," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Peter berkata, persatuan berkenaan ditubuh bagi menjaga kebajikan para tuai rumah selain membantu kerajaan BN membangunkan kawasan Balai Ringin, Simunjan dan Pantu dari semasa ke semasa.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa PTR Balai Ringin, Simunjan dan Pantu turut memainkan peranan utama dalam membantu kemena-ngan BN pada Pilihan Raya Negeri bagi DUN Balai Ringin dan Pilihan Raya Umum bagi Parlimen Sri Aman sebelum ini.

"Lagipun saya tidak lihat isu penyambungan semula khidmat tuai rumah boleh dijadikan oleh beliau (Pelie) sebagai bukti kononnya kami memburukkan kerajaan kerana kami hanya menyuarakan masalah kebajikan tuai rumah di kawasan ini," ujar Peter.

Peter ketika dihubungi menegaskan bahawa Pelie hanya penghulu bagi sebahagian kawasan di Batang Kanan, Simunjan dan bukannya bagi kesemua kawasan Balai Ringin, Simunjan dan Pantu seperti yang digambarkan dalam kenyataan berita itu.

"Beliau (Pelie) dalam laporan akhbar itu seolah-olah menggambarkan dirinya adalah penghulu bagi ketiga-tiga kawasan ini.

"Lagipun ingin saya nyata-kan di sini bahawa beliau juga bukan ahli PTR Balai Ringin, Simunjan dan Pantu," kata-nya.

Sehubungan itu, Peter berharap pejelasan itu dapat menghapuskan kekeliruan rakyat di kawasan Balai Ringin, Simunjan dan Pantu.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads