Ahad, 12 Januari 2014

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Pengguna merungut harga gas <b>di Limbang</b> melambung <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 02:30 PM PST

LIMBANG: Belumpun reda isu kenaikan harga barang, masyarakat di sini dikejutkan dengan kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi 14 kilogram antara RM5 dan RM7.40 yang disifatkan oleh mereka sebagai amat membeban-kan.

Kenaikan mendadak gas LPG itu difahamkan berlaku sejak awal tahun ini apabila orang ramai yang ingin membeli gas LPG terpaksa membayar sehingga RM34, berbanding harga subsidi yang ditetapkan kerajaan sebanyak RM26.60 bagi Daerah Limbang.

Seorang penduduk, Lau, 50-an, dari Taman Poyan di sini berkata, beliau terpaksa membayar RM34 untuk mendapatkan gas LPG, baru-baru ini.

"Kenaikan harga gas LPG ini memang amat membebankan saya, ditambah lagi dengan kenaikan harga barang lain yang berlaku seka-rang ini," katanya di sini, semalam.

Beliau yang terkejut dengan kenaikan harga tersebut berkata, masalah berkenaan sememangnya membebankan apatah lagi dengan kedatangan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

"Masalah ini memang membebankan rakyat. Tahun Baharu Cina akan disambut tidak lama lagi dan kami perlu menggunakan gas LPG  untuk memasak," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Limbang, Jubin Janggong ketika dihubungi semalam berkata, kenaik-an harga LPG tidak dapat dielak berikutan Projek Penyeragaman Harga (PPH) yang dilaksanakan kementeriannya belum dapat di-teruskan.

Beliau menjelaskan, PPH belum dapat disambung bukan sahaja di Limbang, malah di seluruh negeri dan kementeriannya sedang mengadakan rundingan harga dengan kontraktor untuk meneruskan pelaksanaan projek tersebut pada tahun ini.

Ujar beliau, kontrak projek tersebut berakhir Disember lepas dan akan diteruskan pada tahun ini dengan melantik kontraktor baharu bagi melaksanakan PPH termasuk di Limbang.

"Sebelum ini, harga subsidi barangan termasuk gas LPG untuk kawasan bandar dan luar bandar memang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui PPH.

"Namun, projek berkenaan masih belum dapat dijalankan di negeri ini dan kementerian masih mengadakan rundingan harga barangan untuk projek berkenaan sebelum dapat diteruskan," katanya sambil menjelaskan kontraktor akan dilantik setahun sekali.

Jubin yang tidak mengetahui bila PPH dapat dijalankan semula pada tahun ini berkata, apa jua keputusan hanya dapat dibuat oleh pihak atasan KPDNKK.

Beliau turut memberi jaminan masalah itu tidak akan berpanjangan dan keadaan akan kembali pulih apabila PPH diteruskan nanti.

"Buat masa ini para peniaga termasuk peniaga gas LPG terpaksa menanggung subsidi dan tambang pengangkutan sendiri menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barangan terbabit yang mana sebelum ini ditanggung sepenuhnya kerajaan melalui PPH," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar bersabar sehingga PPH dapat diteruskan semula untuk tahun ini.

PPH merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman agar pengguna tidak dibebankan dengan harga yang tinggi.

PPH dilaksanakan bagi memastikan penduduk luar bandar dan pedalaman mendapat barang kawalan seperti beras, tepung gandum, minyak masak dan gula kasar pada harga kawalan dan 50 jenis keperluan lain dengan harga lebih rendah.

Sarawak merupakan negeri yang paling banyak mempunyai kawasan PPH iaitu 485 diikuti Sabah (460) kerana kedua-dua negeri tersebut mempunyai muka bumi yang luas.

Program itu telah berjalan dengan lancar serta memberi impak yang amat besar kepada penduduk di kawasan pedalaman.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

My CustOmize (MCo): <b>LIMBANG</b>, DESTINASI PERTAMA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 08:39 AM PST


Destinasi Yang Tidak Dirancang

 27 Disember dan 28 Disember 2013 (Jumaat dan Sabtu)

 Seperti kata pepatah, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukannya, bergini perjalanan MCo kali ini, apa yang dirancang, tetapi lain yang jadinya, tetapi ia memberikan pengalaman yang mempunyai seribu makna.
Limbang, mungkin ramai yang pernah dengar, dan mungkin ada sesetengah tidak tahu di manakah lokasinya... apa yang menarik di sini ialah, Perjalanan MCo ke Limbang ini adalah bukan yang dirancang, dengan kata lain, ia tiada pun dalam carta perjalanan. Namun bergitu tempat ini banyak juga meninggalkan kesan pada MCo, kenapa? bukan kerana tempatnya, tetapi ia adalah permulaan satu persahabatan.
ok lah..MCo pun tak mahu bercerita panjang tentang intro ini, tetapi biarlah MCo cerita serba sedikit pasal Limbang ini..
Limbang, lokasinya ialah di utara Sarawak, di kepulauan Borneo dengan keluasan 3978 (lebih kurang) meter persegi dan populasinya lebih daripada 50 ribu orang dan terdiri pelbagai kaum. Selain itu, Limbang ini terletaknya Sungai Limbang dan yang paling menariknya kedudukannya adalah diantara dua sempadan negara Brunei.
hehehe...sebenarnya MCo tidaklah arif sangat tentang Limbang ini, tetapi banyak juga maklumat boleh di perolehi samada melalui lisan sendiri atau pun mencari fakta di internet.

...Biarlah MCo menceritakan, kenapa MCo tersasar ke Limbang ini, sebenarnya ketika MCo dalam perjalanan ke Brunei, melepasi sempadan Brunei Kuala Lurah (iaitu imigresen antara sempadan Brunei dan Limbang Sarawak), adalah MCo berkenalan dengan seorang "Mamat" (akan di jelaskan kemudian terperincinya) ni berkenaan dengan Brunei, terutama berkenaan hotel. Maklumlah ini lah kali pertama MCo ke Brunei dan MCo tidak sempat membuat banyak kajian dan juga mencari info.
Maka alkisahnya bermula lah di sini. Si "Mamat" ni menawarkan diri untuk menolong MCo untuk bawa MCo ke hotel... so apa cerita selepas ini? oklah MCo di perkenalkan olehnya sebagai Tarmizi, dan selepas ini ada banyak coretan berkenaan beliau ini.
...Di pertengahan jalan sebelum tempat yang sepatutnya bas MCo naiki sampai ke destinasinya... Tarmizi telah pun turun, dan MCo mengekorinya... dan tunggu kawanya datang... untuk jemput...tunggu dalam lebih kurang 10 hingga 15 minit..kawanya datang...(Peng (jika tak silap namanya) datang menjemput)....dan dengan mereka lah MCo menumpang.. kemana dan kemari...sebabnya, Tarmizi ini ada untuk menghantar barang kepada sepupunya yang bakal kahwin pada hari Ahad.
....satu gelak dan tawa, MCo ada menceritakan sahabat baru MCo ini iaitu Tarmizi dan Peng kepada Mumy di Bingkor, dan kawan-kawan di kampung, tapi mereka semua gempar, semua kebimbangan....kenapa MCo bergitu percaya kepada mereka? sukar untuk MCo untuk menjawab, sebab pertama MCo melihat air muka mereka, bukan seperti hendak menipu, dan kedua gerak hati MCo kata, mereka ini baik. (sebab itu MCo berani di tinggalkan sementara di pasaraya di Mulaut (salah satu tempat di Negara Brunei)...
Dipendekkan cerita, Tarmizi mencadangkan yang lebih baik MCo mengikuti dia ke Limbang, Serawak, memandangkan tidak berbaloi menginap di Brunei ini... ini bermakna MCo terpaksa keluar dari Brunei dan ke Serawak lagi, MCo tidak lah berfikir panjang, memandangkan MCo tidak terikat dengan mana-mana jadual. Jadi MCo setuju, lagi pun Tarmizi ini telah berjanji akan ke Brunei lagi ke esokan harinya...

Maka bermulalah cerita MCo di Limbang, seterusnya MCo akan menceritakan berdasarkan gambar-gambar, namun bergitu info gambar-gambar ini tidaklah bergitu tepat, disebabkan info yang MCo ada tidaklah banyak.. selain itu cerita-cerita melalui gambar adalah secara rawak .dan yang penting, MCo telah sampai di Sarawak ini, dan wilayah Limbang ini adalah "pembuka langkah" hingga ke episod seterusnya. (Klik pada gambar untuk besarkan)

 Secara ringkasnya peta terletaknya daerah Limbang, berdekatan dengan Sabah, tetapi yang tepatnya ialah kedudukannya bersempadanan antara dua negara Brunei. Untuk terperinci bolehlah google dan search di internet, MCo tidak dapat memberi maklumat yang sangat tepat, tapi itulah keistimewaan Limbang. Jaraknya antara Kota Kinabalu, MCo tidak dapat nyatakan dengan tepat, tetapi kalau masa dengan menaiki bas, mengambil masa 6 hingga 7 jam, ini bukan kerana jaraknya, tetapi kerana berhenti di pusat kawalan passport imigresen dan keadaan jalan.  Berginilah keadaan pekan Limbang di waktu pagi... dalam lingkungan pukul 9 pagi. dan yang nampak bangunan hujung tu yang ada warna warni tu, MCo difahamkan merupakan bangunan tertinggi di Pekan Limbang ini. Ia menempatkan hotel dan kalau tak silap shopping complex dan juga pejabat pentadbiran. (jika salah... bro, Tarmizi tolong betul kan)


 Dataran Jubli Emas iaitu berhadapan dengan hotel MCo menginap...sebenarnya MCo pun tidak pasti tujuan apa dataran ini, tapi yang pasti mungkin fungsinya sama seperti di Taman Shah Bandar di Terengganu. Bagi MCo ia adalah tempat orang beriadah atau berekrasi.

 Kampung Air Limbang, Nah, bukan Brunei sahaja yang ada Kampung Air, tetapi Malaysia pun ada, walaupun ia tidak sebesar atau se gah Brunei, tetapi paling kurang, kita masih mempunyai penempatan seperti ini. Untuk melihat terperincinya kedudukannya bolehlah klik di sini... Kampung Air Limbang

 Lagi persekitaran di pekan Limbang....

Pandangan Bangunan Tamu Limbang, yang menempatkan Pasar Sejahtera, di mana menempatkan jualan untuk kegunaan harian penduduk di Limbang dan juga boleh di katakan pasar basah.
 Lagi gambar Kampung Air di Limbang....tak banyak MCo dapat ceritakan tentang kampung ini, tetapi anda semua boleh google mencari info di internet...atau tunggu MCo update untuk cerita seterusnya...
 ...Close up dengan gambar MCo paparkan di atas, untuk gambaran lebih cerah berkenaan bangunan tertinggi di Limbang ini....
 Close up... bangunan Tamu yang menempatkan pasar sejahtera tu.. pagi tu, MCo cuma berjalan-jalan memerhati persekitaran, kali ni, MCo tidak menemuramah mana-mana penjual, entahlah, pada hari itu MCo tidak teringin untuk melanjutkan pertanyaan kepada sesiapa pun....

 Dua gambar atas, adalah keadaan di dalam pasar di bangunan Tamu ini, tidak banyak beza dengan pasar-pasar yang berada di mana-mana tempat lain...cuma MCo tidak berapa pasti, ia murah atau tidak dari perbandingan kaca mata MCo, seperti yang dijelaskan tadi...entah kenapa kali ini, MCo tidak banyak menyelidiki keadaan perjualan mereka......
 Pasar Tani di Limbang...oh ya, MCo ada terjumpa buah-buahan pelik yang belum pernah MCo lihat di mana tempat...kecuali di sini, tetapi sayang, MCo lupa untuk snap kan gambar... tak apa, mungkin ada rezeki, MCo dapat datang lagi di sini....
 Salah satu bangunan di Limbang, nampak bangunan lama, dan "owner" masih kekalkan keadaanya, mungkin ada sebab tersendiri, mungkin ia adalah nilai sejarah atau mungkin ia serba sedikit imej Limbang itu sendiri. Bangunan ini adalah bersetentangan dengan Dataran Jubli Emas.

 Nah...gambar akhir..ini lah hotel di mana MCo menginap di Limbang, murah dan berbaloi...hanya RM60... bagi MCo hotel tidaklah penting sangat, cukup untuk tidur dan mandi...pada hari itu, MCo check out tepat jam 11.30am. .....dan akhir sekali, ini sahabat baru MCo di Limbang ini, Tarmizi dan Edi, mereka berdua ini adalah adik beradik sebenarnya, dan hubungan mereka nampak sangat akrab walaupun ada talian adik beradik. (gambar pada 28hb - Sabtu, sebelum kami berangkat ke Brunei, sarapan dulu....)

Dengan gambar tersebut, maka ceritanya berkenaan Limbang di tutup untuk sementara waktu, sebenarnya, Limbang mempunyai cerita yang panjang, ia bukan sekadar tempat MCo singgah, tetapi yang MCo jelaskan tadi, Limbang ini adalah satu kenangan dan satu hubungan persahabatan terjalin, ia bukan mudah dan tidak sukar untuk memahami sendiri. tetapi yang penting MCo telah sampai ke bumi Sarawak ini, dan kini MCo sudah ada alasan untuk ke Sarawak lagi...

 Sarawak tetap menarik untuk di kunjungi, tidak rugi untuk cuti-cuti Malaysia di Sarawak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads