11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
- Rakyat <b>Sarawak</b> himpun <b>di</b> Padang <b>Kuching</b> bangkit isu tanah <b>...</b>
- Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy <b>Di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> (1)
- Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy <b>Di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> (2)
Rakyat <b>Sarawak</b> himpun <b>di</b> Padang <b>Kuching</b> bangkit isu tanah <b>...</b> Posted: 09 Dec 2013 10:36 PM PST KUCHING 10 DIS: Kira-kira 300 rakyat Sarawak berhimpun di Padang Merdeka Kuching pagi ini sempena Hari Hak Asasi Sedunia bagi membangkitkan tuntutan tanah adat (NCR). Menurut penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma, isu utama yang dibangkitkan adalah tuntutan keatas hak tanah yang kritikal di Sarawak. "Himpunan hari ini juga bagi membangkitkan isu pembinaan empangan Murum, Baram dan lain-lain yang menjadi ancaman kepada tanah milik rakyat. "Sebab isu tanah bukan isu orang Iban atau orang Asal sahaja, tetapi juga kepada orang Melayu Sarawak dan suku lain. "Sehingga kini ada 400 kes tanah rakyat yang dirampas di Sarawak kini dibawa ke mahkamah," kata Akma kepada Keadilandaily. Himpunan bermula jam 10 pagi tadi disertai Sadia, NGO masyarakat Iban Sarawak, Grass (Gerakan Sabah Sarawak) dan orang Asal dari seluruh negeri ini. Walaupun hujan renyai dan diawasi anggota polis, peserta himpunan bersemangat berarak sambil melaungkan slogan 'Hormati hak asasi' dan 'Undur Taib Mahmud'. Mereka membawa kain rentang dan plakad tertera perkataan 'Tanah kami nyawa warisan kami' dan 'Hormati hak kami orang Asal Sarawak' Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57056 |
Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy <b>Di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> (1) Posted: 26 Dec 2013 05:51 AM PST Setelah sekian lama tidak mengadakan kursus di Kuching, akhirnya pada 18 Disember, saya dan suami, berpeluang mengendalikan Kursus Asas Bacalah Anakku & Readeasy di sana hanya kerana kegigihan beberapa orang guru yang diketuai oleh Pn Sharifah Suharni bersusah payah menganjurkan kursus ini. Kami cukup terharu kerana kebanyakan peserta yang terdiri daripada guru pra dan pemulihan sekolah rendah kerajaan membayar yuran kursus dengan duit mereka sendiri.Bahkan ada juga yang datang dari Miri, Sri Aman dan Bintulu melalui pesawat. Dalam suasana semua harga barang naik, mereka ini tidak lokek mengeluarkan duit. Semua disebabkan semangat dan rasa tanggung jawab yang tinggi untuk membantu anak didik mereka. Semoga Allah memberkati hidup mereka. Lain-lain peserta terdiri daripada guru-guru tadika swasta dan 2 orang ibu murid pemulihan. Peserta pada hari tersebut banyak bertanyakan soalan. 1. Senang ke nak ajar kanak-kanak 3 tahun bunyi? Senang gilak. Ajar melalui lagu aksi Abu Ada Ayam dan/atau teknik asosiasi aksi. Lagi pun bunyi- bunyi yang diajar /a, i, u, n, b, m / adalah di antara bunyi awal yang dikeluarkan bayi. 2. Nak ajar huruf besar atau huruf kecil dahulu? Ajar huruf kecil dahulu kerana kebanyakan teks ditulis menggunakan huruf kecil. Huruf besar hanya digunakan untuk permulaan ayat dan nama khas. Terutama sekiranya anda mengajar anak kecil dan murid pemulihan yang cepat lupa. Sebab itulah semua teks di dalam Buku 1-5 Bacalah Anakku dan Books 1-6 Readeasy ditulis dengan huruf kecil. Huruf besar diperkenalkan di dalam buku 6-8 Bacalah Anakku dan 7-8 Readeasy. 3. Macamana nak kenal nama pelajar kalau belum pandai membaca? Ajar mereka mengenal melalui kaedah pandang sebut ( look and Say) dahulu. Di tadika saya, guru2 menyediakan kad nama. Setiap hari pelajar akan mengambil kad nama untuk memudah mereka menyalin / menulis nama di lembaran aktiviti. Tulis nama mereka menggunakan huruf besar di awal nama sahaja, sebagai contoh Ainun Solehah. 4. Berapa lama nak ajar 1 bunyi? Bergantung kepada umur atau tahap masalah keperluan spesifik dan masa BM atau BI yang diperuntukkan di sekolah. Guru perlu tentukan target pencapaian. Untuk guru pemulihan sekolah rendah tentu sekali target pencapaian adalah tamat buku 8 Bacalah Anakku. Daripada pengalaman guru-guru yang telah berjaya menggunakan Bacalah Anakku dan / atau Readeasy Beginner untuk pelajar pemulihan, pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis di antara 2 hingga 6 bulan. Sila rujuk Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku. Klik di sini untuk membeli. Cadangan saya untuk guru-guru, pastikan pelajar pemulihan betul-betul faham konsep gabung bunyi. Luangkan lebih masa mengajar buku 1 dan 2 walaupun nampak mudah. Perbanyakkan aktiviti pelbagai deria untuk mengenal bunyi dan Lihat dan Buat, Dengar dan Buat untuk menggabung bunyi. |
Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy <b>Di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> (2) Posted: 27 Dec 2013 05:05 AM PST SAMBUNGAN 5. Di dalam Kaedah Fonik kanak-kanak tidak diajar nama huruf abc (ei, bi,si). Macamana kalau mereka sudah tahu abc ( ei, bi, si). Tak menjadi masalah besar kalau pelajar tahu sebut dan nyanyi sahaja. Yang menimbulkan masalah kalau sudah diajar membaca perkataan dengan membatang suku kata dan mengeja-ngeja. Mengambil masa sikit untuk tukar frekuensi. A. Senyum dan memberitahu pelajar "Cikgu nak kamu sebut BUNYI. " Puji habis-habis sekiranya pelajar menyebut bunyi. Buat tak tahu kalau pelajar menyebut nama huruf. B. Kalau pelajar tegar membatang dan mengeja-ngeja, beri dia peluang utk membatang dan mengeja dengan menyebut BUNYI bukan nama huruf pada PERINGKAT AWAL. Sebagai contoh, /m/, /a/, /ma/, /n/, /a/, /na/, /mana/. Apabila sudah kenal dan selesa mengeja bunyi, beritahu pelajar " tak payah eja-eja lagi, terus gabung saja bunyi-bunyi.". Untuk memudahkan pelajar beralih daripada mengeja kepada menggabung bunyi untuk membaca suku kata dan perkataan, perbanyakkan latihan gabung bunyi praktikal menggunakan kad, Lihat dan. Buat, Dengar dan Buat. 6. Budak fonik boleh membaca tetapi tidak boleh menulis. Sesiapa sahaja yang mengajar kanak-kanak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi atau apa kaedah sekali pun mesti faham apa itu menulis dan tulisan. Tulisan adalah perkataan yang diucapkan dalam bentuk cetak. Dengan kata lain menurut Profesor Dianne McGuiness ' Writing is spoken words'. Menurut Wikipedia pula menulis adalah sesuatu kegiatan untuk menciptakan suatu catatan atau informasi pada suatu media dengan menggunakan aksara (simbol) . Pada awal sejarahnya, menulis dilakukan menggunakan gambar (zaman Mesir Kuno). Tulisan dengan aksara muncul sekitar 5000 tahun lalu. Orang- Orang Sumeria menciptakan tanda-tanda pada tanah liat. Tanda-tanda tersebut mewakili BUNYI di dalam bahasa pertuturan mereka. Kembali kepada kenyataan bahawa budak fonik tidak boleh atau tahu menulis, kita mesti jelas bahawa menulis bukan HANYA dengan menyebut-nyebut nama huruf. Budak fonik menulis dengan mencatat simbol untuk mewakili bunyi di dalam bahasa pertuturan. Tentu sekali mereka tidak dapat menulis huruf 'b' (bi) sekiranya cikgu menyebut nama huruf. Tetapi mereka dengan mudah akan menulis huruf 'b' jika cikgu menyebut "Tulis /b/." Sekiranya cikgu menyebut "Tulis 'bi'", mereka akan menulis suku kata 'bi'. Budak fonik seperti budak-budak lain juga diajar bentuk dan rupa huruf-huruf, a b c .... z ( huruf Roman ) untuk membaca dan menulis di dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Yang perlu difahami kita yang mengajar adalah bagaimana kanak-kanak fonik menulis. Mereka menulis dengan memindahkan bunyi di dalam bahasa pertuturan ( speech sounds ) kepada simbol cetakan 7. Berapa lama nak ajar anak disleksia? Anak-anak disleksia atau berkeperluan Khas mengambil masa yang lebih lama untuk diajar membaca, lebih kurang 3 - 6 bulan. Mereka juga memerlukan sokongan yang berterusan terutama untuk menulis. Di sini link membincangkan bagaimana kita boleh membantu anak disleksia membaca. http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/harapan-untuk-anak-disleksia-1.html http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/harapan-untuk-anak-disleksia-2.htm. 8. Bagaimana untuk memberitahu ibu bapa untuk memberi sokongan anak membaca di rumah sedangkan ibu bapa sendiri tidak tahu membaca. Bacalah Anakku dan Readeasy boleh digunakan untuk mengajar orang dewasa membaca. Saya cadang cikgu buka kelas membaca dewasa. It's not to late to learn to read. Sudah banyak pelajar sekolah menengah, pembantu rumah asing dan warga asing belajar membaca bahasa Melayu menggunakan Bacalah Anakku. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang tidak tahu membaca masih boleh memberi sokongan di rumah dengan hanya duduk bersebelahan anak untuk mendengar si anak membaca sambil memberi kata-kata perangsang dan harapan, pelukan dan kasih sayang. |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan