ads

Selasa, 28 Januari 2014

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Pentas, pesta ria <b>di Kanowit</b> 16-17 Ogos - The Borneo Post Online

Posted: 14 Aug 2013 02:38 PM PDT

SIBU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Machan, Ngemah, Meluan dan Pakan akan menganjurkan Program Pentas Ria dan Pesta Ria pada 16 dan 17 Ogos ini di Pasar Kanowit.

Ia dianjurkan selama dua malam sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali PBB.

Majlis perasmiannya dijadualkan berlangsung pada 16 Ogos dan dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.

Antara artis tempatan yang dijemput bagi memeriahkan program berkenaan ialah Melissa Francis, Intan AF1 dan Gabriel Fairuz Loius.

Turut diadakan persembahan dan permainan tradisional seperti berpantun, gendang 'pampat,' bermukun dan ngajat.

Sementara itu, majlis penutupannya akan disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan dan Kemajuan Tanah Datuk Gramong Juna.

Majlis tersebut akan diadakan pada malam 17 Ogos dan pelbagai persembahan pentas juga akan diadakan.

Ini termasuk persembahan nyanyian daripada Hailey, Wendy dan Nai Dynamik.

Mereka yang berminat dengan seni silat tradisional Iban seperti 'kuntau' juga berpeluang untuk menyaksikannya pada malam tersebut.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved