Selasa, 10 Disember 2013

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Buaya Muntah Mayat Manusia <b>di Saratok</b>, <b>Sarawak</b> | Hot Cerita

Posted: 30 Nov 2013 06:40 PM PST

SARATOK: "Saya nampak gelombang besar sebelum muncul seekor buaya di permukaan air. Haiwan itu kemudian membuka mulut mengeluarkan sesuatu."

Itu kata Mani Mingai, 60, penduduk Rumah Panjang Empayak yang menyaksikan 'adegan' yang membawa kepada penemuan sebahagian anggota badan manusia dipercayai mayat Andrian Thomas, semalam, selepas lelaki itu dilaporkan hilang seminggu lalu.

Mayat mangsa berkeadaan mengerikan apabila hanya bahagian pinggul hingga paras tengkuk ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian di Lubuk Emplaie, Roban, dekat sini. Sebelum itu seekor buaya sepanjang kira-kira 4.5 meter serta satu meter lebar dikatakan 'menyerah diri' sebaik dipujuk pawang buaya, Indet Sanabong, 46, kira-kira jam 9 pagi.

Menurut Mani, sehari sebelum upacara itu, penduduk rumah panjang memanggil Indet berikutan pelbagai usaha dilakukan untuk mencari Andrian menemui jalan buntu.

"Pada jam 5 petang (kelmarin) Indet bersama penduduk ke lokasi kejadian untuk upacara memujuk raja sungai dan upacara itu selesai pada jam 9 malam. "Ketika itu, bomoh terbabit menggunakan 'ngintik' (kail) yang dijampi dengan harapan buaya yang membaham Andrian datang menyerah diri.

buaya"Kira-kira jam 8.30 pagi tadi (semalam), saya bersama Indet sekali lagi ke lokasi kejadian sebelum dikejutkan gelombang besar disusuli kemunculan seekor buaya di permukaan air.

"Buaya itu kemudian membenamkan diri sebelum muncul sekali lagi. Ketika itu saya terhidu bau busuk sebelum reptilia itu membuka mulut dan mengeluarkan sesuatu," katanya.

Menurutnya, dia dan Indet kemudian menaiki perahu ke lokasi objek dikeluarkan dan terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.

"Tidak syak lagi mayat itu adalah Andrian lalu kami segera memberitahu penduduk. Tapi, keadaan mayat amat mengerikan kerana sebahagian besar anggota sudah hilang, yang tinggal hanyalah bahagian pinggul ke paras tengkuk.

"Sebelum itu, buaya berkenaan beberapa kali muncul di permukaan air tidak jauh dari kedudukan kami berdua seolah-olah mahu memberitahu sesuatu," katanya yang kemudian menghubungi polis berhubung penemuan mayat berkenaan.

Dalam kejadian pada 22 November, kira-kira jam 3 petang itu, Andrian dilaporkan hilang selepas keluar memukat ikan di Lubuk Emplaie, Sungai Seblak.

Kehilangan bapa kepada seorang anak lelaki William, 3, hanya disedari bapanya, Thomas Mang, 56, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari pekan Roban sebelum terserempak perahu miliknya yang masih diikat pada sebatang pokok di tebing sungai berkenaan.

Thomas kemudian menghampiri perahu terbabit, namun kelibat Andrian tidak kelihatan lalu mencari di sekitar lokasi itu.

Malangnya, usaha itu menemui kegagalan sebaliknya Thomas mengesyaki anak sulung daripada dua beradik itu dibaham buaya selepas menemui kesan tapak kaki buaya bersebelahan perahu.

Susulan itu, Thomas terus pulang ke rumah memaklumkan kejadian itu kepada penduduk rumah panjang, sebelum membuat laporan di Balai Polis Roban.

SUMBER : HarianMetro

Baca Jerr???...Komen k...

Komen

BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Oct 2013 07:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 07:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rumah Panjang Itop , <b>Saratok</b>, <b>Sarawak</b> Hangus pagi tadi ( 19 July <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 03:31 AM PDT

SARATOK, Sarawak : Sebuah Rumah Panjang di Saratok, Sarawak iaitu Rh Panjai Itop musnah akibat kebakaran lingkungan jam 9 pagi tadi ( 19 July 2013 ).

Gambar Ehsan Fb

Rumah Panjang yang dikatakan berjumlah lebih daripada 100 lebih penghuni itu tidak dapat diselamatkan ekoran kebanyakan penghuni telah keluar berkerja.

Kebakaran dikatakan berpunca daripada salah sebuah bilik bahagian dapur di rumah panjai tersebut.

Gambar Ehsan Fb

Kesusahan mendapatkan Isyarat Talian Telefon menyebabkan sebilangan penduduk sukar untuk menghubungi pihak bomba dan terpaksa berlari ke tempat lain terlebih dahulu untuk mendapat isyarat telefon.

- Mr.J


Bonus:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads