Isnin, 9 Disember 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Nov 2013 11:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MDL sasar jadikan <b>Lawas</b> daerah terindah <b>di Sarawak</b> - The Borneo <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2013 03:11 PM PST

LAWAS: Majlis Daerah Lawas (MDL) menyasar untuk mengangkat Lawas sebagai daerah terindah dan terbersih di negeri ini melalui pelaksanaan Program Pengindahan Bandar Lawas (PPBL).

Setiausahanya, Zulkifli Sahari berkata, PPBL memberi tumpuan terhadap usaha memperindahkan bandar Lawas dan sekitarnya melalui penanaman pokok bunga dan landskap cantik.

Melalui program itu, katanya, MDL memperuntukkan RM30,000 untuk aktiviti pengindahan bermula Oktober lalu dan berterusan sehingga 2014.

"Kita tahu Lawas sebelum ini memang terkenal dengan kebersihan bandarnya dan antara bandar yang terbersih di negeri ini.

Justeru, kita yakin melalui PPBL kita dapat mengangkat Lawas ke satu tahap yang membanggakan sebagai bandar tercantik, bersih dengan landskap," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, projek pengindahan kawasan bandar itu perlu diberi perhatian sepanjang masa kerana merupakan nadi arus pembangunan, selain menarik tumpuan orang ramai ke Lawas.

Menurutnya, ia juga selaras seruan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan agar kebersihan bandar Lawas terus dipelihara.

"Pada masa sama, kita juga menyahut sasaran kerajaan mewujudkan seberapa banyak kawasan hijau dan indah di pusat bandar, demi menjamin suasana kehidupan yang santai dan segar untuk rakyatnya," jelasnya.

Zulkifli berkata, pihaknya tidak berdepan dengan masalah kebersihan di sekitar bandar berikutan kesedaran orang ramai tinggi berhubung perkara tersebut sejak sekian lama.

"Masyarakat setempat di sini mempunyai kesedaran tinggi dalam menjaga dan menitikberatkan aspek kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata.

"Amalan murni ini perlu dikekal dan diteruskan termasuk saling ingat-mengingati untuk mengekalkan keunikan dan keindahan Lawas," ujarnya.

Katanya, program berkenaan juga akan diperluaskan bukan sahaja di pusat bandar malah di kawasan perumahan dan perkampungan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads