ads

Jumaat, 8 November 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Minggu Integriti dan Inovasi Pustaka <b>Negeri Sarawak</b>, 11-15 <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 07:57 AM PST

Posted on November 4, 2013, Monday

KUCHING: Minggu Integriti dan Inovasi Pustaka Negeri Sarawak akan diadakan pada 11 hingga 15 November dengan pelbagai aktiviti dan program diadakan bersama staf Pustaka dan orang awam.

Menurut kenyataan Pustaka semalam, antara lain pihaknya akan mengadakan pameran perkhidmatan agensi awam seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Institut Kemahiran MARA Sarawak (IKM), Pusat Penerangan Islam (IIC), Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Tidak ketinggalan juga, pameran inovasi daripada Kraftangan Malaysia, pameran jualan infokraf daripada Jabatan Penjara Malaysia Cawangan Sarawak, pameran dan penjualan buku, produk serta peralatan kesihatan turut diadakan di ruang legar aras bawah, Pustaka Negeri Sarawak sempena minggu tersebut.

Selain pameran dan jualan, penyertaan orang ramai juga dialukan untuk menghadiri ceramah 'Informasi dan Teknik Kitar Semula', ceramah 'Sarawakiana' dan ceramah 'Integriti' anjuran Pustaka dengan penyertaan percuma.

Majlis Sambutan Minggu Integriti dan Inovasi 2013 Pustaka Negeri Sarawak bakal disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada 14 November 2013 di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak.

Beliau juga bakal merasmikan sistem Electronic Fund Transfer Pustaka Negeri Sarawak.

Semasa majlis sambutan akan diumumkan pemenang untuk pertandingan ciptaREKAtiviti 2013 Pustaka, Anugerah Pengamal 5S terbaik, Cadangan Inovasi dan Slogan Terbaik, Anugerah CERMIN dan pemenang Pertandingan Fotografi 2013 Pustaka 'The World of Pustaka Through the Eyes of Its Employees'.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Muhamad Ali Abdul Wahab atau Alya Faeeqah Hamali di talian 082-442000 sambungan 348/221 atau e-mel muhamaaw@sarawak.gov.my/alyafh@sarawak.gov.my.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved