ads

Khamis, 7 November 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Kembara Sembang Santai Dr Zahazan <b>di Sri Aman</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2013 02:33 PM PST

Posted on November 4, 2013, Monday

SRI AMAN: Kembara Sembang Santai selama dua hari memberi pengalaman baharu kepada penceramah terkenal tanah air, Dr Zahazan Mohammad yang terkenal dalam rancangan Al-Kuliyyah terbitan TV3.

Beliau yang pertama kali menjejak kaki di sini berjaya memberi perspektif positif terhadap perkembangan dakwah Islamiah di Sri Aman.

Selain itu, beliau juga tertarik dengan perpaduan umat Islam yang hidup harmoni dengan masyarakat berbeza agama dan kaum.

Program beliau dimulakan dengan sembang santai di Dewan Al Ghazali Sekolah Kebangsaan (SK) Agama, Sri Aman.

Program anjuran Kelab Remaja Versatile Surau Al-Amin Srijaya, Sri Aman itu berjaya menarik hampir 300 penonton.

Program dimoderatorkan Zulhazmi Bohari daripada Baitulmal Sri Aman dengan mengupas tajuk 'Pengertian Hijrah dan Hikmahnya Nabi Muhammad SAW Untuk Diikuti Oleh Umatnya Masa Kini'.

Dr Zahazan turut diundang oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman menjadi tetamu rancangan Sembang Santai RASA FM.

Sejurus itu, beliau turut mengendalikan program Fiqh Wanita, khas untuk kaum wanita di sekitar Sri Aman di Surau Al-Amin Srijaya.

Pada malamnya, beliau meneruskan kembara santainya di Kampung Bakong Sri Aman.

Dalam perjalanan menuju Kampung Bakong, beliau sempat singgah di Rumah Skra berhampiran Gran.

Beliau ternyata teruja dengan sambutan mesra penduduk Iban di rumah panjang tersebut.

Kemesraan tetap terjalin walaupun berlainan agama dan bangsa.

Di Kampung Bakong, program diteruskan dengan mengadakan Sembang Santai bersama penduduk kampung berkenaan sejurus selepas menunaikan solat Maghrib di masjid kampung itu.

Kehadiran Dr Zahazan memberi impak kepada masyarakat Islam di sekitar Sri Aman meningkatkan pengetahuan ilmu agama.

Program dianjurkan oleh Kelab Remaja Versatile Surau Al Amin ini turut mendapat bantuan pihak RTM.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved