Isnin, 18 November 2013

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Oct 2013 07:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PDRM <b>Saratok</b> anjur ibadah korban bersama penduduk <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 10:05 AM PDT

Posted on October 20, 2013, Sunday

SARATOK: Sekitar 250 orang terdiri anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok serta masyarakat setempat hadir pada aktiviti sosial pihak polis bersama masyarakat di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok DSP Lee Thai Lein berkata, hubungan di antara komuniti dengan PDRM akan lebih terjalin erat melalui pendekatan penganjuran sesuatu program yang melibatkan usaha bersama.

"Bagi pihak polis aktiviti dan pendekatan seperti ini adalah lebih efektif, dalam usaha membanteras aktiviti jenayah yang melibatkan pelbagai perspektif.

"Penganjuran majlis ini membawa masyarakat lebih dekat mengenali peranan polis, yang bukan hanya sebagai ejen pembanteras jenayah tetapi juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat," katanya pada Program Ibadah Korban IPD Saratok, kelmarin.

Program itu adalah anjuran Badan Amal Ibadah dan Kebajikan Islam (BAIKI) IPD Saratok dengan kerjasama warga IPD Saratok di pekarangan Kompleks Polis IPD Saratok.

Tambah Lee, melalui penganjuran aktiviti seperti ini mampu menjadi penghubung pihak polis dengan masyarakat.

"Program ini juga merupakan salah satu misi atau aktiviti yang dirancangkan dalam Program PDRM Bersama Masyarakat (NKRA)," jelasnya.

Terdahulu Ketua Cawangan Khas Saratok, ASP Zamrul Ahmad Tahil merangkap Pengerusi BAIKI berkata, program kali ini adalah acara kedua diadakan selepas tahun lalu.

"Kita merancang menjadikan aktiviti ini acara tahunan BAIKI khususnya menjelang perayaan Hari Raya Korban.

"Pada tahun ini, kita mengorbankan tiga ekor lembu. Hasil daging-daging korban tersebut diagihkan kepada masyarakat setempat serta warga IPD dan ahli-ahli BAIKI.

"Selain merapatkan hubungan, aktiviti ini juga memupuk semangat kekitaan serta menyemai amalan gotong-royong semua pihak," kata Zamrul.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok Mohd Ikmal, Penghulu Razali Bujang, Penghulu Ahmad Salleh serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads