Isnin, 18 November 2013

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


EkspresiKu: Kedai Rakyat 1 Malaysia kini dibuka <b>di Mukah, Sarawak</b>.

Posted: 16 Nov 2013 12:04 AM PST

Kalau dulu kalau ingin membeli barang-barang dapur, maka perlulah kami pergi ke Bandar Mukah untuk membeli belah di pasaraya yang ada disana seperto Glory atau Ngiukee. Tapi semenjak kedai 1 Malaysia dibuka, tak perlu lagi kami drive ke bandar, ini dah menjimatkan separuh perjalanan dan yang lebih menguntungkan harga barangan di kedai 1 Malaysia lebih murah jika berbanding dengan kedai-kedai runcit dan pasaraya sekitar Mukah...tapi jenama 1 Malaysia lah...

Terus terang aku dan isteri tiada masalah mengunakan barangan jenama 1 Malaysia, rasa dan kualitinya masih baik walaupun bukan sebaik jenama - jenama tersohor. Jika dari Politeknik Mukah, KR1M ini hanya dalam 5 minit perjalanan..depan sedikit dari Petronas. Baragan yang selalu kami beli adalah seperti Tepung Gandum 1M, Susu pekat 1M, Sardin 1M, bijiran sarapan 1M, pencuci pinggan 1M dan banyak lagi la...

Tak dinafikan, pembukaan KR1M ini banyak memberi kemudahan kepada aku dan isteri untuk membeli belah kerana ia adalah kedai keperluan terlengkap yang paling terdekat dengan PMU.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads