Rabu, 6 November 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Promosi <b>Padawan</b> melalui sukan - The Borneo Post Online

Posted: 30 Oct 2013 09:38 AM PDT

Posted on October 31, 2013, Thursday

SEDIA GEGAR: (Dari tiga kanan) Anthony, Hashim, Freddie dan Lucas (enam kiri) mempromosikan cabaran selepas sidang media di MPP semalam.

KUCHING: Majlis Per­bandaran Padawan (MPP) akan menganjurkan Padawan 4×4 Urban Challenge 2013 pada 14-15 Disember 2013 bertempat di Batu Kawah New Township.

Kejohanan yang julung kali diadakan di Malaysia itu mendapat sokongan Persatuan Sukan Perlumbaan Automo­tif Sarawak (SARSA) dan Persatuan Otomobil Ma­laysia (AAM).

Pengarah Teknikal per­lumbaan Lucas Tan berkata, pihaknya menjangkakan peny­ertaan seramai 100 pelumba ternama daripada Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan pada cabaran selama dua hari tersebut.

"Cabaran ini merupakan salah satu aktiviti tahunan MPP yang bertujuan mempromosi industri pelancongan sukan negeri," katanya semasa si­dang media yang turut dihadiri Pengerusi Penganjur Moha­mad Hashim Yap, Kaunselor MPP Anthony Ramanair dan Pengarah Pengurusan Perlum­baan Freddy Ngerong Balan semalam.

"Perlumbaan ini agak ber­beza di mana ia akan diadakan di atas jalan biasa berbanding menggunakan 'off-road' seper­timana kebiasaannya."

"Itu keunikannya cabaran ini dan kita merasa bangga kerana MPP menjadi penganjur per­tama perlumbaan seumpama ini di Malaysia."

Menurut Lucas, objektif utama MPP menganjurkan cabaran tersebut adalah bagi mempromosi tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Padawan seperti Pitcher Plant Garden, Pusat Perlindungan Orang Utan Semenggok, Inap Desa Benuk, Rumah Panjang Annah Rais, Kolam Air Panas Annah Rais dan Borneo High­lands Resort.

Selain itu, ia juga bertujuan mengumpul dan mengeratkan hubungan di antara semua peminat sukan lasak berkenaan di Kepulauan Borneo.

"Melalui penganjuran ini, MPP dapat melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korpo­rat (CSR) di mana dana yang diperolehi dari perlumbaan ini akan digunakan bagi mem­bantu beberapa kampung yang telah dipilih," tambahnya.

Menurut Lucas lagi, setiap peserta yang diwakili dua pe­lumba perlu menempuh 12 peringkat halangan di setiap kampung yang telah dipilih.

Terdapat dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu modifikasi penuh (FM) dan separa modifikasi (SM).

Yuran penyertaan bagi kate­gori FM adalah RM300 dan RM150 bagi SM.

Pemenang bakal meneri­ma hadiah lumayan berben­tuk wang tunai selain trofi cabaran.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang di MPP atau menghubungi 082-625566, Anthony (013-8095288), Hashim (019-8589184), (Sam­uel) 012-8493373 atau Freddy (019-8575104).

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads