ads

Isnin, 21 Oktober 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Tiga sekeluarga nyaris maut dalam kemalangan <b>di Serian</b> <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2013 10:21 AM PDT

Posted on October 15, 2013, Tuesday

REMUK: Kereta Proton Saga yang melanggar belakang pikap mengalami kerosakan dalam kemalangan di Serian semalam.

SERIAN: Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta Proton Saga yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta pacuan empat roda di kilometer 20, Jalan Kuching-Serian semalam.

Sumber di tempat kejadian memberitahu, dalam kejadian sekitar jam 4.30 petang itu, keluarga terbabit dalam perjalanan dari Serian menuju ke kampung mereka di Kampung Tanah Mawang.

Menurut sumber itu, ketika hendak memasuki simpang berkenaan kereta Proton Saga terbabit dikatakan melanggar sebuah kereta pacuan empat roda jenis pikap yang berhenti di tengah jalan dan pada masa yang sama hendak memasuki simpang menuju ke kampung berkenaan.

Tambah sumber itu, kereta pikap berkenaan juga dari arah Serian menuju ke kampung yang sama berserta seramai empat ahli keluarga.

Bagaimanapun, kedua-dua keluarga berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta Proton Saga berkenaan remuk di bahagian hadapan.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan kesesakan berlaku selama setengah jam.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved