ads

Rabu, 30 Oktober 2013

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Kejohanan Petanque Beregu Terbuka <b>Saratok</b> 2-3 November <b>...</b>

Posted: 26 Oct 2013 09:19 AM PDT

Posted on October 27, 2013, Sunday

SARATOK: Peminat sukan petanque bakal menyak­sikan kejohanan tersebut apabila Persatuan Petanque Bahagian Betong dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Sara­tok menganjurkan Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Saratok 2/2013 di Gelanggang Petanque LAKIS di sini pada 2 dan 3 November depan.

Presidennya, Abang Sham­suddin Abang Ahmad berkata kejohanan tersebut mena­warkan hadiah berupa wang tunai berserta piala, terbuka kepada semua peminat dan kelab-kelab petanque di negeri ini termasuk Brunei dan Sabah.

"Penganjuran ini mem­pertanding kategori beregu sahaja iaitu acara Double Terbuka," katanya sambil memberitahu kejohanan itu merebut Piala Datuk Dr Az­man Samaon dengan yuran penyertaan sebanyak RM80 bagi setiap pasukan yang menyertai.

Tambahnya, taklimat pen­gurus pasukan dan cabutan undi diadakan pada 1 Novem­ber (Jumaat) jam 4.30 petang di Bilik Mesyuarat LAKIS.

Bagaimanapun, format ke­johanan akan dimaklumkan secara lengkap dan ditentu­kan pada mesyuarat bersama pengurus pasukan nanti.

"Selain itu, penentuan kumpulan akan ditentukan secara undian berdasarkan jumlah penyertaan yang di­terima sebelum atau pada tarikh tutup pendaftaran 31 Oktober ini.

"Pengesahan pendaftaran pasukan dan pemain hendak­lah dibuat sebelum cabutan undi dijalankan. Sekiranya tiada pengesahan, maka penyertaan meskipun telah dihantar akan dibatalkan," jelasnya.

Hadiah-hadiah menanti pemenang, juara bakal mem­bawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala diikuti naib juara menerima RM700 serta piala dan tempat ketiga RM500 serta piala.

Tempat keempat meraih wang tunai RM300 serta piala. Manakala pemenang di tempat kelima hingga ke­lapan dengan hadiah sagu hati berupa wang tunai RM100.

Tujuan pertandingan ini adalah bagi memperkenal sukan petanque dan mema­jukan sukan itu di negeri ini serta memupuk semangat kerjasama antara pemain selain mengeratkan hubun­gan silaturahim.

Borang penyertaan atau pertanyaan lsnjut boleh menghubungi Shamsud­din di talian 019-8475210 atau Setiausaha Persatuan, Mohammad Mirwan (019-4991983).

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved