Sabtu, 5 Oktober 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2013 03:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

i-Medik <b>Sarawak</b> anjur program kerjasama khidmat masyarakat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 28 May 2013 05:42 AM PDT

i-Medik

31 MAC 2013 – Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (i-Medik) dengan kerjasama Unit Perwakilan & Pengurusan Surau (UPPS) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Lot 77 Kolej Perubatan telah mengadakan program Bakti Siswa yang diadakan di Kampung Belimbing Padawan. Program ini telah disertai lebih 60 orang pelajar perubatan dan kejururawatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan dalam kalangan pelajar-pelajar itu juga, lebih 5 orang ahli i-Medik turut sekali bersama-sama turun kepada masyarakat dalam program tersebut.

Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan sepanjang program ini seperti pemeriksaan kesihatan dan nasihat, ceramah agama yang bertajuk "Islam itu mudah lagi memudahkan" yang disampaikan oleh ustaz daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Malsiron, ceramah kesihatan yang bertajuk "Ubat-ubatan" yang disampaikan oleh doktor dan juga pensyarah Fakulti Perubatan UNIMAS, Dr Helmy dan sukaneka dan juga pertandingan bola tampar yang berjalan pada waktu petangnya. Program yang bertujuan memperkenalkan i-Medik kepada masyarakat dan juga latihan kepada para pelajar tentang kepentingan turun berhadapan dengan masyarakat dan melatih kemahiran "soft-skill" mendapat sambutan yang memberansangkan dari penduduk kampung.

Pengarah projek dan juga salah seorang ahli i-Medik, Muhammad Zahid berkata program ini berobjektif untuk membina hubungan erat antara kalangan mahasiswa UNIMAS dengan masyarakat Islam kampung tersebut di samping melatih diri mahasiswa untuk tersedia turun kepada masyarakat. Selain itu, ketua kampung Kampung Belimbing, Encik Husin bin Banyak berharap program ini dapat dilakukan dengan lebih kerap kerana merasa kepentingan bakal doktor untuk melihat keadaan dan situasi masyarakat sekitar. Beliau juga mengharapkan dan berbesar hati menerima program seterusnya di masa akan datang di dalam ucapannya semasa penutup program Bakti Siswa tersebut. Penghulu Kampung, Encik Suhaimi turut sekali di dalam program ini.

Suara <b>Sarawak</b>: Kemudahan pendidikan amat daif <b>di Sarawak</b>

Posted: 10 Sep 2013 03:44 AM PDT


Pelajar sekolah rendah terpaksa meredah berbatu jauhnya hanya untuk ke sekolah
Ketua Wanita PKR Negeri, Voon Shiak Ni berkata hal ini bukanlah merupakan satu berita yang baru iaitu kemudahan pendidikan di pedalaman amat daif dan terdapat pelajar berjalan kaki selama dua jam untuk ke jalan raya hanya untuk ke sekolah mereka.
"Jarak antara Kampung Kiding dan Kampung Sapit ke Kuching cuma 50 kilometer. Tetapi pelajar sekolah khususnya pelajar sekolah rendah terpaksa meredah berbatu jauhnya hanya untuk ke sekolah," katanya dalam sidang media mingguan parti.
Beliau berkata banyak kampung di kawasan tersebut (Padawan) dan beberapa bahagian di Sarawak, kemudahan jalan tar amat kurang walaupun sudah 50 tahun kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia.
Padawan merupakan daerah kecil bandar raya Kuching, di negeri Sarawak. Nama ini juga digunakan untuk merujuk kepada kerajaan tempatan di Sarawak, Majlis Perbandaran Padawan (MPP), dan Kampung Bidayuh, yang juga dikenali sebagai Kampung Padawan. Jalan Padawan adalah nama jalan berhampiran kilometer 23 Lebuh Raya Kuching-Serian.
Padawan mempunyai ahli Parlimen kawasan Stampin iaitu Yong Khoon Seng dari parti komponen BN iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
"Namun jalan tar tidak sampai kepada mereka dan pelajar ini terpaksa mengambil masa berjam-jam di laluan hutan," tegasnya.
PKR berasa hairan di Malaysia Barat, mereka mempunyai jalan yang bagus dan jarang sekali kita mendengar beberapa tempat tidak dihubungkan dengan jalan tar.
"Kenapa penduduk Sarawak, masih hidup dalam kedaifan kemudahan asas? Bukan hanya jalan sahaja tetapi bekalan air bersih juga menjadi isu, apatah lagi di kawasan pedalaman yang jaraknya 30 batu dari bandar contohnya Batu 26, Batu 27 jalan Kuching Serian," katanya.
PKR berharap agar pihak yang berkenaan mengambil penyelesaian jangka panjang dan jangan bergantung kepada badan bukan kerajaan kerana usaha ini bukan memakan masa yang panjang.
"Kita memerlukan persekitaran yang selamat untuk anak kita, jalan raya untuk mereka, pengangkutan untuk mereka supaya mereka menikmati hari persekolahan mereka dan mempunyai cukup tenaga, ruang dan waktu dan bukan dibebankan dengan "perjalanan jarak jauh" hanya untuk ke sekolah,"katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads