Rabu, 9 Oktober 2013

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di marudi sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Sep 2013 09:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Wanita <b>Marudi</b> disaran berperanan sama penting dengan lelaki <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 04:01 PM PDT

Posted on September 19, 2013, Thursday

MARUDI: Golongan wanita di daerah Marudi disaran memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki bagi membolehkan mereka mencapai dan menyumbang kepada kejayaan pembangunan di daerah ini dan negeri ini, amnya.

Pada masa yang sama Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri mahu golongan wanita di Baram dan Marudi khususnya, berani bersaing dengan kaum lelaki sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun perniagaan bagi meraih pendapatan lumayan.

"Wanita hari ini memang bukan seperti zaman dahulu, kerana dahulu mereka hanya mementingkan kerja menguruskan rumah tangga dan berada di dapur, menjaga anak dan memasak.

"Tetapi hari ini, keadaannya jauh berbeza dan wanita semakin maju berbanding dahulu," katanya.

Berucap semasa merasmikan majlis sambutan Hari Wanita 2013 Peringkat Daerah Marudi di Dewan Suarah Baram semalam, Entri berkata, atas pencapaian membanggakan itulah, maka kerajaan tidak mengabaikan peranan wanita di negeri ini sebaliknya memberi pengiktirafan dan peranan kepada mereka.

"Kaum wanita memainkan peranan penting bukan sahaja menjaga anak-anak, bagi yang tidak bekerja tetapi semakin ramai daripada wanita kini membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi keluarga mereka, sama ada melakukan kerja sambilan termasuk berniaga yang dilakukan terus dari rumah.

"Oleh itu, jangan ada kaum wanita yang hanya berpeluk tubuh ketika duduk di rumah sebaliknya mereka perlu sama-sama bergerak untuk menambahkan pendapatan keluarga," ujarnya.

Dalam pada itu, Entri mengakui bahawa semakin ramai kaum wanita menyandang jawatan tinggi seperti menjadi menteri, jurutera, doktor dan sebagainya sama ada dalam jabatan kerajaan mahupun di peringkat swasta.

"Justeru atas kejayaan pencapaian itulah maka kerajaan menubuh Kementerian Wanita untuk menjaga kebajikan dan keperluan wanita di negeri dan negara ini," tambah Entri.

Dalam pada itu, seramai 250 wanita dan lelaki telah menghadiri ceramah Hari Wanita yang disampaikan oleh pihak PDRM yang diwakili oleh Inspektor Allauddin Japaruddin, ceramah kesihatan oleh wakil Hospital Marudi Sister Rose Mary dan ceramah kitar semula bahan buangan dapur oleh wakil LA 21 Majlis Bandaraya Miri Dayang Siti Nurbaya.

Entri yang juga ADUN Marudi mahu para peserta yang hadir memanfaatkan sebaiknya ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditimba mereka daripada ceramah-ceramah yang diadakan dan berkongsi maklumat mengenainya apabila mereka pulang ke rumah panjang masing-masing.

Turut diadakan pada sambutan Hari Wanita tersebut ialah pertandingan gubahan bunga dan 'solekan kasih sayang' iaitu pertandingan dibuka khusus untuk para suami.

Bagi pertandingan gubahan bunga, tempat pertama dimenangi oleh Dominca Do Anyi, kedua Zarah Sidi dan tempat ketiga Zainab Izhar.

Sementara bagi pertandingan 'solekan kasih sayang' di mana suami menyolek isteri, tempat pertama dimenangi pasangan Kasteriya Suib, tempat kedua dimenangi pasangan Ahmad Edit dan tempat ketiga dimenangi pasangan Agus Jeffery.

Turut hadir Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong serta ketua-ketua jabatan kerajaan di sini.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads