ads

Selasa, 22 Oktober 2013

11 di limbang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


S&#39;wak yakin catat lebih 4.1 juta pelancong Manfaat lokasi strategik <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2013 10:48 AM PDT

Posted on September 29, 2013, Sunday

RM10 juta diperuntuk bangunkan infrastruktur, majukan pelancongan

LIMBANG: Sejumlah RM10 juta diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk membangunkan infrastruktur di Limbang serta pelaksanaan projek dan usaha sama pelancongan dengan Brunei.

Menteri Perumahan dan Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ini berdasarkan kedudukan Limbang yang strategik dalam kluster pembangunan pelancongan bagi kawasan pertumbuhan Asia Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

Menurut beliau, infrastruktur asas ke Gunung Buda juga akan dibangunkan kerana ia satu lagi produk pelancongan berpotensi menarik pengunjung luar, selain pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Limbang menghubungkan Limbang dan Bandar Seri Begawan, Brunei.

Katanya, kerajaan juga bercadang mewujudkan perkhidmatan bot persiaran di Limbang melalui sungai untuk menghubungkan Limbang dan Brunei sambil menikmati keindahan daerah yang dikenali dengan jolokan 'Karabau' ini.

"Kita sudah mempunyai perancangan strategik membangunkan sektor pelancongan di Limbang dengan memperuntukkan RM10 juta dalam RMK11 untuk meningkatkan infrastruktur, sistem perhubungan dan projek pelancongan lain," katanya ketika merasmikan Pesta Limbang dan Regata Limbang di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN batu Danau, Paulus Palu Gumbang, ADUN Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Saidoi, Residen Limbang Maria Hasman dan jemputan lain.

Abang Johari berkata, landskap Limbang bakal berubah seperti di Sydney Habour, Australia apabila siapnya jambatan menyeberangi Sungai Limbang nanti, di mana para pengunjung dari Brunei yang melalui bot persiaran akan melintasi jambatan tersebut sambil menikmati keindahan dan panorama Limbang.

"Malah, pengunjung yang menggunakan bot persiaran berpeluang tinggal sehari semalam di Limbang sebelum meneruskan perjalanan ke Brunei melalui laluan sungai," jelasnya.

Beliau berkata, hasrat tersebut akan tercapai dengan kekuatan daripada pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bekerja keras untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.

Jelasnya, ekopelancongan penting memberi peluang kepada penduduk di sini berkongsi budaya yang peramah dan bersopan santun selain mengembangkan industri kraf tangan yang mampu menjana pendapatan ekonomi mereka.

"Perkara yang menjadi penting adalah kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat untuk merealisasikan hasrat tersebut, selain mengekalkan pemerintah dan kerajaan yang kuat, stabil, pemimpin yang berwawasan dan ada impian.

"Masa depan Limbang adalah cerah kerana adanya perancangan yang teratur dan tersusun yang mengambil kira kehendak penduduk di daerah ini serta di kawasan lain," katanya.

Beliau berkata, Sarawak mengalami transformasi rancak sejak mencapai 50 tahun merdeka dalam Malaysia.

Dalam tempoh tersebut, banyak pembangunan sudah dilaksanakan dengan situasi politik stabil untuk meningkatkan kehidupan rakyat menjadi lebih baik.

"Kita bukan sahaja berjaya membebaskan negara dan negeri daripada cengkaman penjajah, tetapi dapat menyelami kehendak dan keperluan rakyat selain menjamin masa depan yang cerah untuk generasi akan datang," katanya.

Tambahnya, soal pendidikan turut diambil perhatian serius dengan membangunkan banyak sekolah termasuk di Limbang, membangunkan infrastruktur selain memacu ekonomi lebih rancak bagi mencapai status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 serta Sarawak maju pada 2030.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM50,000 untuk Pesta Limbang 2013.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved