ads

Ahad, 20 Oktober 2013

11 di limbang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Hanya dua kes pecah rumah sepanjang Aidilfitri <b>di Limbang</b> <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2013 10:28 AM PDT

Posted on August 22, 2013, Thursday

LIMBANG: Hanya dua kes pecah rumah dilaporkan berlaku sepanjang Ops Selamat Aidilfitri lepas yang menunjukkan penurunan berbanding jumlah kes pecah rumah dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, penurunan itu berikutan operasi serentak 1Malaysia yang dijalankan anggotanya setiap malam di kawasan 'panas' melibatkan pusat bandar, perumahan dan kawasan lain.

Beliau berkata, operasi serentak 1Malaysia digerakkan ekoran arahan daripada Bukit Aman dalam usaha memerangi jenayah termasuk pecah rumah di daerah ini.

"Operasi ini dijalankan setiap malam di lokasi terpilih melibatkan enam kumpulan yang berjalan kaki di lokasi terbabit terdiri daripada tujuh hingga lapan anggota," katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas mengenai kes kecurian tersebut, Mohd Bukhori menjelaskan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM5,300 membabitkan kecurian di kawasan Taman Poyan dan Jalan Sibukang.

"Mangsa pertama mengalami kerugian sekitar RM1,700 dalam kejadian kecurian yang berlaku pada Hari Raya keempat diikuti mangsa kedua iaitu seorang guru yang mengalami kerugian RM3,600 pada Hari Raya kesepuluh lalu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Bukhori melahirkan rasa kesal terhadap maklum balas dingin dan kerjasama hambar orang ramai yang 'berat mulut' memaklumkan ketiadaan mereka untuk pulang bercuti sepanjang Aidilfitri ini.

"Tidak ramai yang memaklumkan dan menghubungi polis termasuk mengisi borang semasa ketiadaan mereka untuk bercuti semasa Hari Raya.

"Jumlah yang memaklumkan ketiadaan mereka kepada pihak kita memang sedikit berbanding mereka yang pulang bercuti sepanjang Aidilfitri," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved