ads

Jumaat, 20 September 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


<b>Sri Aman</b> tuan rumah Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 05:49 PM PDT

Posted on August 27, 2013, Tuesday

SRI AMAN: Bandar Sri Aman akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Negeri Sarawak pada 30 dan 31 Ogos ini.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan 'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku' diadakan di Kompleks Sukan Bahagian Sri Aman.

Menurutnya, perhimpunan bermula jam 7 pagi itu melibatkan lebih 6,500 orang peserta dan 124 kontinjen jabatan kerajaan, swasta, persatuan serta pertubuhan, kelab dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Katanya perhimpunan yang diadakan pada 31 Ogos akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah serta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Tambahnya, pelbagai acara menarik diselitkan pada perhimpunan itu termasuk Larian Kemerdekaan yang melibatkan orang awam dan terbahagi kepada lapan kategori bermula dari Padang Kementerian Pembangunan Sosial dan berakhir di Stadium Mini Sri Aman.

Selain itu, turut diadakan acara senam seni dan disusuli persembahan koir oleh Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) serta persembahan pentas oleh penyanyi tempatan dari Sri Aman dan Kuching.

Mawan yang merupakan menteri yang bertanggungjawab kepada sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Terakhir Sambutan Hari Kemerdekaan di sini petang semalam.

Dalam pada itu, pada petang 30 Ogos diadakan Majlis Kesyukuran di Masjid Bandar Sri Aman pada jam 5.45 petang yang akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Ketua Menteri serta menteri-menteri kabinet yang lain.

Ketika ditanya pemilihan Sri Aman sebagai tuan rumah penganjuran sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri tahun ini, beliau menjelaskan bahawa Sri Aman merupakan sebagai sebuah 'pusat bahagian' di antara Kuching dan Sibu.

"Pemilihan Sri Aman amat bersesuaian kerana sambutan perayaan ini tidak semestinya diadakan di bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri mahupun Sibu malah bandar kecil seperti Sri Aman juga mampu menganjurkan sambutan hari kebesaran negara ini," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved