ads

Sabtu, 14 September 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Suara <b>Sarawak</b>: Kemudahan pendidikan amat daif <b>di Sarawak</b>

Posted: 10 Sep 2013 03:44 AM PDT


Pelajar sekolah rendah terpaksa meredah berbatu jauhnya hanya untuk ke sekolah
Ketua Wanita PKR Negeri, Voon Shiak Ni berkata hal ini bukanlah merupakan satu berita yang baru iaitu kemudahan pendidikan di pedalaman amat daif dan terdapat pelajar berjalan kaki selama dua jam untuk ke jalan raya hanya untuk ke sekolah mereka.
"Jarak antara Kampung Kiding dan Kampung Sapit ke Kuching cuma 50 kilometer. Tetapi pelajar sekolah khususnya pelajar sekolah rendah terpaksa meredah berbatu jauhnya hanya untuk ke sekolah," katanya dalam sidang media mingguan parti.
Beliau berkata banyak kampung di kawasan tersebut (Padawan) dan beberapa bahagian di Sarawak, kemudahan jalan tar amat kurang walaupun sudah 50 tahun kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia.
Padawan merupakan daerah kecil bandar raya Kuching, di negeri Sarawak. Nama ini juga digunakan untuk merujuk kepada kerajaan tempatan di Sarawak, Majlis Perbandaran Padawan (MPP), dan Kampung Bidayuh, yang juga dikenali sebagai Kampung Padawan. Jalan Padawan adalah nama jalan berhampiran kilometer 23 Lebuh Raya Kuching-Serian.
Padawan mempunyai ahli Parlimen kawasan Stampin iaitu Yong Khoon Seng dari parti komponen BN iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
"Namun jalan tar tidak sampai kepada mereka dan pelajar ini terpaksa mengambil masa berjam-jam di laluan hutan," tegasnya.
PKR berasa hairan di Malaysia Barat, mereka mempunyai jalan yang bagus dan jarang sekali kita mendengar beberapa tempat tidak dihubungkan dengan jalan tar.
"Kenapa penduduk Sarawak, masih hidup dalam kedaifan kemudahan asas? Bukan hanya jalan sahaja tetapi bekalan air bersih juga menjadi isu, apatah lagi di kawasan pedalaman yang jaraknya 30 batu dari bandar contohnya Batu 26, Batu 27 jalan Kuching Serian," katanya.
PKR berharap agar pihak yang berkenaan mengambil penyelesaian jangka panjang dan jangan bergantung kepada badan bukan kerajaan kerana usaha ini bukan memakan masa yang panjang.
"Kita memerlukan persekitaran yang selamat untuk anak kita, jalan raya untuk mereka, pengangkutan untuk mereka supaya mereka menikmati hari persekolahan mereka dan mempunyai cukup tenaga, ruang dan waktu dan bukan dibebankan dengan "perjalanan jarak jauh" hanya untuk ke sekolah,"katanya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved