Selasa, 24 September 2013

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Lebih banyak Anjung Kasih YKN akan dibina <b>di Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2013 05:05 PM PDT

Posted on September 3, 2013, Tuesday

MESRA: Rohani (tiga kanan) bertanya sesuatu kepada penghuni Anjung Kasih YKN Hospital Miri sambil disaksikan oleh Fatimah (dua kanan) dan Lee (kanan) di Miri semalam.

MIRI: Kerajaan pusat berhasrat membina lebih banyak Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membantu mengurangkan beban pesakit dan keluarga berpendapatan rendah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata setakat ini sejumlah tiga Anjung Kasih YKN telah dibina termasuk yang pertama di Sarawak iaitu Anjung Kasih YKN Hospital Miri.

"Kita berharap akan menambah lebih banyak Anjung Kasih YKN pada masa akan datang dan ia bergantung kepada Belanjawan 2014 nanti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Anjung Kasih YKN di Miri semalam.

Rohani memberitahu, kerajaan telah menyenaraikan enam Anjung Kasih YKN masing-masing di Kuching, Sibu, Temerloh, Seremban, Ipoh dan Miri selain dua yang sedia ada iaitu Selangor dan Kuatan.

"Jelas projek Anjung Kasih YKN ini terbukti berjaya memberi pulangan faedah sosial dan kewangan yang tinggi kepada mereka yang terlibat.

"Pada masa sama, ia membantu pihak hospital mengatasi masalah kepadatan pesakit di wad dan pengasingan daripada terdedah risiko jangkitan penyakit," jelasnya.

Menurutnya, YKN telah memilih Hospital Miri sebagai lokasi pertama projek Anjung Kasih berikutan ia merupakan hospital rujukan yang terbesar di utara Sarawak.

"Kita memberi keutamaan untuk mewujudkan Anjung Kasih YKN di tiga hospital utama di Sarawak iaitu hospital yang menjadi rujukan seperti Kuching, Sibu dan Miri," jelasnya.

Anjung Kasih YKN Hospital Miri, katanya menyediakan kemudahan penginapan sementara kepada ahli keluarga yang mengiringi pesakit terutama yang berpendapatan rendah.

"Konsep dan penubuhannya agak berbeza dengan Anjung Kasih yang lain kerana Anjung Kasih YKN Hospital Miri dibina dengan mengambil kira keperluan masyarakat setempat.

"Selain masyarakat Melanau, Iban dan Bidayuh, keperluan etnik-etnik lain juga diambil kira seperti masyarakat Kenyah, Kayan, Lunbawang, Penan dan lain-lain," ujarnya.

Anjung Kasih YKN Hospital Miri menurutnya mampu memuatkan 31 penghuni dengan kemudahan yang disediakan termasuk enam bilik biasa, tiga bilik keluarga serta disediakan ruang rehat, ruang makan, tempat mencuci pakaian, bilik mandi dan tandas.

"Dengan mengambil kira kumpulan masyarakat etnik Sarawak yang pelbagai, sebuah bilik khas yang boleh memuatkan 10 orang penghuni disediakan bersesuaian dengan nilai dan cara hidup etnik terbabit," katanya.

Tambah Rohani, pembinaan Anjung Kasih terbabit berjaya menjimatkan kos perbelanjaan anggota keluarga pesakit yang dianggarkan secara purata RM80 hingga RM100 sehari sekiranya mereka menginap di hotel atau rumah tumpangan berbayar.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads