11 di miri sarawak - Google Blog Search |
Shell buka hab pembelajaran pertama Asia Pasifik <b>di Miri</b> <b>...</b> Posted: 05 Sep 2013 04:44 PM PDT Posted on September 6, 2013, Friday MIRI: Shell Malaysia membuka Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di sini untuk menyediakan latihan khusus dalam industri minyak dan gas. Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, pembukaan hab pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik itu memberi banyak kelebihan kepada Miri sekali gus merancakkan lagi pembangunan di bahagian ini. "Justeru saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Shell atas sumbangan mereka selama ini dalam memajukan Miri dari sebuah perkampungan nelayan kepada bandar minyak serta gas dan kini menjadi sebuah bandar raya peranginan yang maju. "Ini sekali gus menunjukkan Shell menaruh kepercayaan dan keyakinan tinggi terhadap Miri untuk menjadi lokasi pertama di negara ini bagi membuka sebuah hab pembelajaran berkelas dunia," katanya. Jabu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di Pejabat Sarawak Shell di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Shell Malaysia Iain Lo, Menteri Muda Komunikasi merangkap Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai Yew Son. Dalam ucapannya, Jabu berkata industri minyak dan gas telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, namun aspek kepakaran teknikal dan pengetahuan adalah penting untuk bersaing. "Oleh itu, dengan penubuhan hab pembelajaran ini, saya berharap rakyat tempatan tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata, sebaliknya bersama-sama menimba ilmu dan kemahiran agar dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap tenaga mahir dalam industri tersebut," ujarnya. Sementara itu, Iain dalam ucapannya berkata, Shell Malaysia melakar satu lagi mercu tanda dengan pembukaan rasmi Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di sini. Katanya, ia merupakan hab pertama seumpamanya yang dibuka di Asia Pasifik dan yang ketiga di dunia selepas Houston di Amerika Syarikat dan Rijswijk, Belanda. Manakala sebuah lagi sedang dibina di Oman dan dijadualkan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan. Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan Sarawak Shell Berhad berkata, hab itu ditubuhkan bertujuan untuk melatih kakitangan dalam industri minyak dan gas di rantau Asia Pasifik ke tahap yang lebih tinggi. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan