11 di miri sarawak - Google Blog Search |
Shell buka hab pembelajaran pertama Asia Pasifik <b>di Miri</b> <b>...</b> Posted: 05 Sep 2013 04:44 PM PDT Posted on September 6, 2013, Friday MIRI: Shell Malaysia membuka Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di sini untuk menyediakan latihan khusus dalam industri minyak dan gas. Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, pembukaan hab pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik itu memberi banyak kelebihan kepada Miri sekali gus merancakkan lagi pembangunan di bahagian ini. "Justeru saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Shell atas sumbangan mereka selama ini dalam memajukan Miri dari sebuah perkampungan nelayan kepada bandar minyak serta gas dan kini menjadi sebuah bandar raya peranginan yang maju. "Ini sekali gus menunjukkan Shell menaruh kepercayaan dan keyakinan tinggi terhadap Miri untuk menjadi lokasi pertama di negara ini bagi membuka sebuah hab pembelajaran berkelas dunia," katanya. Jabu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di Pejabat Sarawak Shell di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Shell Malaysia Iain Lo, Menteri Muda Komunikasi merangkap Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai Yew Son. Dalam ucapannya, Jabu berkata industri minyak dan gas telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, namun aspek kepakaran teknikal dan pengetahuan adalah penting untuk bersaing. "Oleh itu, dengan penubuhan hab pembelajaran ini, saya berharap rakyat tempatan tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata, sebaliknya bersama-sama menimba ilmu dan kemahiran agar dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap tenaga mahir dalam industri tersebut," ujarnya. Sementara itu, Iain dalam ucapannya berkata, Shell Malaysia melakar satu lagi mercu tanda dengan pembukaan rasmi Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di sini. Katanya, ia merupakan hab pertama seumpamanya yang dibuka di Asia Pasifik dan yang ketiga di dunia selepas Houston di Amerika Syarikat dan Rijswijk, Belanda. Manakala sebuah lagi sedang dibina di Oman dan dijadualkan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan. Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan Sarawak Shell Berhad berkata, hab itu ditubuhkan bertujuan untuk melatih kakitangan dalam industri minyak dan gas di rantau Asia Pasifik ke tahap yang lebih tinggi. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Lebih banyak Anjung Kasih YKN akan dibina <b>di Sarawak</b> <b>...</b> Posted: 02 Sep 2013 05:05 PM PDT Posted on September 3, 2013, Tuesday MIRI: Kerajaan pusat berhasrat membina lebih banyak Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membantu mengurangkan beban pesakit dan keluarga berpendapatan rendah. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata setakat ini sejumlah tiga Anjung Kasih YKN telah dibina termasuk yang pertama di Sarawak iaitu Anjung Kasih YKN Hospital Miri. "Kita berharap akan menambah lebih banyak Anjung Kasih YKN pada masa akan datang dan ia bergantung kepada Belanjawan 2014 nanti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Anjung Kasih YKN di Miri semalam. Rohani memberitahu, kerajaan telah menyenaraikan enam Anjung Kasih YKN masing-masing di Kuching, Sibu, Temerloh, Seremban, Ipoh dan Miri selain dua yang sedia ada iaitu Selangor dan Kuatan. "Jelas projek Anjung Kasih YKN ini terbukti berjaya memberi pulangan faedah sosial dan kewangan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. "Pada masa sama, ia membantu pihak hospital mengatasi masalah kepadatan pesakit di wad dan pengasingan daripada terdedah risiko jangkitan penyakit," jelasnya. Menurutnya, YKN telah memilih Hospital Miri sebagai lokasi pertama projek Anjung Kasih berikutan ia merupakan hospital rujukan yang terbesar di utara Sarawak. "Kita memberi keutamaan untuk mewujudkan Anjung Kasih YKN di tiga hospital utama di Sarawak iaitu hospital yang menjadi rujukan seperti Kuching, Sibu dan Miri," jelasnya. Anjung Kasih YKN Hospital Miri, katanya menyediakan kemudahan penginapan sementara kepada ahli keluarga yang mengiringi pesakit terutama yang berpendapatan rendah. "Konsep dan penubuhannya agak berbeza dengan Anjung Kasih yang lain kerana Anjung Kasih YKN Hospital Miri dibina dengan mengambil kira keperluan masyarakat setempat. "Selain masyarakat Melanau, Iban dan Bidayuh, keperluan etnik-etnik lain juga diambil kira seperti masyarakat Kenyah, Kayan, Lunbawang, Penan dan lain-lain," ujarnya. Anjung Kasih YKN Hospital Miri menurutnya mampu memuatkan 31 penghuni dengan kemudahan yang disediakan termasuk enam bilik biasa, tiga bilik keluarga serta disediakan ruang rehat, ruang makan, tempat mencuci pakaian, bilik mandi dan tandas. "Dengan mengambil kira kumpulan masyarakat etnik Sarawak yang pelbagai, sebuah bilik khas yang boleh memuatkan 10 orang penghuni disediakan bersesuaian dengan nilai dan cara hidup etnik terbabit," katanya. Tambah Rohani, pembinaan Anjung Kasih terbabit berjaya menjimatkan kos perbelanjaan anggota keluarga pesakit yang dianggarkan secara purata RM80 hingga RM100 sehari sekiranya mereka menginap di hotel atau rumah tumpangan berbayar. Hadir sama Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan