ads

Isnin, 9 September 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Pementasan Percuma Teater Muzikal P Ramlee <b>di Kuching</b>

Posted: 02 Sep 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2013: Sempena meraikan hari kemerdekaan Sarawak yang ke 50, kerajaan negeri Sarawak bakal mementaskan Teater Muzikal P Ramlee yang akan di pentaskan pada 9 dan 10 September ini di Borneo Convention Centre.

Pementasan percuma itu merupakan salah satu daripada agenda kerajaan negeri berkenaan dalam memperingati jasa serta kreativiti seni seniman unggul Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi program khas yang akan diadakan selama lima hari bermula 9 hingga 13 September ini.

Teater muzikal itu dibawakan oleh Enfiniti Events Sdn Bhd yang juga pernah menyerlah dengan muzikal Puteri Gunung Ledang dan The Secret Life Of Nora.

Antara pelakon yang bakal memegang peranan utama untuk pementasan Teater Muzikal P Ramlee kali ini iaitu Tony Eusoff sebagai P Ramlee, Elly Mazlein (Saloma), Nadia Aqilah (Junaidah) dan tidak ketinggalan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Norizan.

Penerbit Eksekutif teater muzikal berkenaan, Tiara Jacquelina berkata, watak Norizan merupakan peranan yang sering menjadi perhatiannya kerana wanita berkenaan sanggup meninggalkan Sultan Perak, semata-mata untuk mengahwini P Ramlee.

"Saya pernah berlakon dengannya (Norizan) dalam satu drama TV pada 1992 dan sejak itu ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam.

"Untuk pementasan muzikal P Ramlee tidak lama dulu, watak Norizan sering menjadi sebahagian daripada persembahan yang saya nanti-nantikan.

"Jadi apabila Melissa Saila mengambil keputusan untuk tidak boleh mengambil bahagian dalam pementasan ini kerana alasan peribadi, saya mengambil keputusan untuk mengambil bahagian tanpa sebarang ragu-ragu.

"Sesungguhnya saya sangat teruja untuk berkongsi peluang keemasan ini bersama-sama penontin di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Teater Muzikal P Ramlee ini menyaksikan Pat Ibrahim dan Melissa Saila bertindak selaku pengarah bersama, Jason Voo (Pengarah Muzik), Raja Malek (Pereka Produksi) dan Tiara Jacquelina sebagai Penerbit Eksekutif.

Menyemarakkan program memperingati P Ramlee berkenaan, turut diadakan konsert daripada penggesek biola terkenal Indonesia, Idris Sardi yang akan membuat persembahan pada 12 dan 13 September ini.

Sepanjang acara lima hari itu juga, turut diadakan pameran P Ramlee yang akan diadakan di ruang legar pusat pameran berkenaan.

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyaksikan pameran berkenaan, termasuk pementasan teater muzikal serta konsert yang dibuat mengikut konsep siapa cepat dia dapat.

Tiket percuma untuk menyaksikan tayangan Teater Muzikal P Ramlee boleh didapati dengan menghubungi 082-415 894 atau 082-235 418.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved