Ahad, 1 September 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Pemain tenis junior Asia bakal berentap <b>di Kuching</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2013 09:09 AM PDT

Posted on August 25, 2013, Sunday

KUCHING: Beberapa pemain junior handalan Asia akan berentap pada Kejohanan Tenis '9th Asian 14 and Under Series' di Pusat Tenis Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini pada 11 hingga 15 September depan.

Bagi kategori lelaki, pemain yang dijangka melakukan penampilan terdiri daripada mereka yang menduduki ranking dalam Persekutuan Tenis Asia (ATF) iaitu Ali Dawani dari Bahrain (ke-12), Sahibzada Muhammad Ali dari Pakistan (14), Alvin Teng Wee Jie dari Malaysia (34) dan Lam Ching dari Hong Kong (60).

Manakala kategori wanita menyenaraikan pemain menduduki ranking ke-38 dalam ATF iaitu Tara Afzalirad dari Iran, Kirstin Leong Kher Ting dari Malaysia (66) dan Linda Liong Ting Ting (73), Lam Wing Kiu (86) dari Hong Kong serta Venia Yeung (93).

Kejohanan lima hari itu menarik penyertaan seramai 64 pemain termasuk 16 wanita dari Bahrain, China, Hong Kong, Indonesia, Iran, Malaysia, Filipina, Pakistan, Singapura, Taipei dan Uzbekistan.

Paling ramai merupakan peserta Malaysia iaitu 19 lelaki dan tujuh wanita.

Mereka terdiri daripada Alvin Teng, Lee Huang Yi, Koay Hao Ci, Anandtemoorty Jayaganthan, Abdul Jalil Mohamad Syafiee, Christian Didier Chin, Mark Leong Wei Yang, Nieshaal Tambipillay, Tan Zen Ferng, Jimmy Liong Kai Long, Norhazmi Khaidir, Aiman Hamdan, Goh Tik Xen, Jonathan Sia Kee Yeung, Muhd Hanif Pauzi, Jordan Lean, Norhazim Khaidir, Afizal Ahmad Mahmod, Mitchell Brapui Tidan, Kirstin Leong, Linda Liong, Alia Azman, Goh Qing, Angeline Ong, Elsa Wan dan Elysia Wan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads