di negeri sarawak - Google Blog Search |
Harga ayam <b>di</b> beberapa <b>negeri</b> terkawal - The Borneo Post Online Posted: 17 Jul 2013 02:22 PM PDT Posted on July 18, 2013, Thursday Ada perbezaan di pasar raya dan pasar basah, pengguna boleh buat pilihan terbaik KUALA LUMPUR: Harga ayam di beberapa negeri masih terkawal walaupun harga di pasar raya dan pasar basah berbeza sedikit dengan para peniaga meletakkan tanda harga bagi memudahkan pembeli membuat pilihan terbaik. Harga ayam standard di beberapa pasar raya dan pasar basah di sekitar ibu kota dijual pada RM8.40 hingga RM9. Harga ayam naik sedikit berbanding sebelum ini berikutan permintaan tinggi semasa Ramadan dan menjelang Aidilfitri. Di KUCHING, harga ayam bersih dan barangan keperluan lain seperti bawang besar, bawang kecil, telur, ikan kembung dan daging import di beberapa pasar basah dan pasar raya di negeri itu berbeza. Harga ayam yang ditawarkan di pasar raya adalah antara RM8.40 hingga RM8.50 sekilogram, iaitu lebih rendah berbanding harga ayam bersih di Pasar Komuniti Stutong (RM8.50) dan Medan Niaga Satok (RM9.50 hingga RM10 sekilogram). Harga siling ayam di Sarawak ialah RM9.50. Pengarah PPDNKK negeri Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata pihaknya akan mengambil tindakan serta-merta di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang gagal meletakkan tanda harga. Tinjauan Bernama di KUANTAN mendapati harga ayam standard di pasar raya adalah lebih rendah berbanding di pasar basah di negeri itu. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang Mohd A. Aruwan Ab Aziz berkata berdasarkan pemantauan pihaknya di 21 lokasi pasar basah, purata harga ayam standard ialah RM8.70 sekilogram. Pemantauan ke atas 45 pasar raya pula mendapati purata harga ayam standard jauh lebih murah daripada yang dijual di pasar basah iaitu RM7.70 sekilogram, katanya kepada pemberita. Pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pahang Mohd Yunus Mohammad berkata antara 90,000 hingga 120,000 ekor ayam disembelih di negeri itu sehari. "Jumlah itu akan meningkat sehingga dua atau tiga kali ganda pada tujuh malam terakhir Ramadan. Trend itu berlaku setiap kali menjelang sambutan Hari Raya," katanya. Di BERA, peniaga ayam di beberapa pasar menyambut baik langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membenarkan ayam diimport serta-merta dan menyifatkan tindakan itu amat wajar dan tepat bagi menurunkan harga ayam yang naik setiap kali Ramadan dan musim perayaan. Zulkifli Mahmud, yang menjalankan perniagaan ayam sejak enam tahun lepas berkata peniaga tidak boleh dipersalahkan 100 peratus berhubung kenaikan harga ayam kerana mereka mendapat bekalan itu dengan harga yang mahal daripada pembekal. "Umpamanya peniaga membeli RM6.30 sekilogram daripada pembekal, bagaimana hendak jual dengan harga RM7 atau RM7.50 sekilogram sedangkan kos pengangkutan dan upah pekerja pun tidak mencukupi," katanya. Bagi Rosli Manaf seorang peniaga di Temerloh, kenaikan harga ayam antara RM8 hingga RM9.50 sekilogram bersifat sementara sahaja dan ia akan turun dan stabil dua minggu lagi apabila kerajaan mengumumkan ayam sebagai barang kawalan. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepengguaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata sejak awal Ramadan hingga kini, lebih 1,400 kedai dan gerai di pasar seluruh Pahang diperiksa dan mendapati sebahagian besar peniaga mematuhi arahan pihak berkuasa. Di MELAKA, Pengarah PPDNKK negeri Muhabir Ibrahim ketika dihubungi berkata harga ayam di pasar-pasar di negeri itu masih dalam keadaan terkawal iaitu antara RM8.20 hingga RM8.80. Beliau berkata penjualan pada harga itu akibat permintaan tinggi pelanggan khususnya pada Ramadan dan faktor orang tengah yang membekalkan bahan mentah itu pada harga tinggi kepada peniaga. Sementara itu, tinjauan Bernama di Pasaraya Mydin MITC pula mendapati ayam dijual pada harga RM7.89 sekilogram manakala ikan kembong pada harga RM6.69 sekilogram dan udang RM24.49 sekilogram. Di KANGAR, Pengarah PPDNKK negeri Khairul Amin Talib berkata kenaikan harga ayam di negeri itu masih terkawal dan tidak terlalu tinggi berbanding paras harga pada tahun lepas. Tinjauan Bernama sebelum ini mendapati kadar harga ayam bersih di Perlis tidak menentu iaitu pada kadar antara RM7.70 sekilogram hingga RM9 sekilogram. Beliau berkata para pengguna yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang termasuk ayam boleh membuat aduan kepada KPDNKK yang membuka bilik operasinya sehingga tengah malam. Pihaknya juga sentiasa menjalankan operasi bagi memastikan harga barangan adalah terkawal dengan operasi di bazar perkarangan Stadium Utama Kangar semalam mendapati tiga peniaga gagal meletakkan tanda harga, menjadikan keseluruhan 14 kes itu sejak awal Ramadan. Mereka yang tidak mematuhi peraturan meletakkan tanda harga boleh dikenakan kompaun RM100, katanya. Di LABUAN, pengguna dijangka menikmati harga ayam yang rendah Sabtu ini. Timbalan pengarah Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan Aslani Dabi berkata harga rendah bagi ayam standard ialah RM9.30 sekilogram dan RM9.60 sekilogram bagi ayam super. Jurucakap Pejabat Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Semporna berkata harga ayam di Tawau dan Semporna, Sabah masih pada harga berpatutan iaitu RM7.80 hingga RM8.50 sekilogram dan ini semua disebabkan sektor penternakan ayam yang aktif di Tawau. Di KOTA KINABALU, harga ayam bulat dijual antara RM8.30 dan RM9 manakala di Sandakan ialah antara RM8.50 dan RM9.50. Di KOTA BAHARU, Pengarah KPDNKK Kelantan Sharuddin Jali berkata harga ayam bersih meningkat 50 sen kepada RM8 sekilogram berbanding semalam, namun ia masih terkawal dan tidak terlalu mendadak. Selain ayam, harga cili merah juga melambung naik hampir dua kali ganda iaitu daripada RM8 sekilogram sebelum Ramadan kepada RM18 sekilogram sekarang, bagaimanapun, harga itu diyakini akan kembali turun selepas Aidilfitri. Seorang peniaga lauk-pauk di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Sabariah Mat Isa, 49, berkata beliau terpaksa menaikkan harga lauk pauk memandangkan harga bahan mentah juga turut meningkat. Suri rumah, Halimah Abdullah, 46, bagaimanapun meminta pihak berkenaan segera membendung kenaikan harga bahan mentah itu agar tidak terlalu melambung kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah. Di SHAH ALAM, harga ayam di beberapa pasar di sekitar Shah Alam masih kekal antara RM8 hingga RM8.50 sekilogram. Tinjauan di beberapa pasar utama di Shah Alam iaitu di Seksyen 6 dan Seksyen 16 di sini mendapati peniaga masih mengekalkan harga yang sama dengan alasan mereka mendapat harga yang tinggi daripada pembekal. Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata tidak dinafikan jualan agak berkurangan sejak harga meningkat memandangkan orang ramai memilih untuk membeli ayam di pasar raya kerana mendapat harga lebih rendah. "Pembeli agak berkurangan mungkin beli di pasar raya, tetapi kami jual ikut harga pembekal dan ayam ini segar setiap hari," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor Othman Nawang ketika dihubungi berkata pihaknya sentiasa memantau harga ayam yang dijual di negeri itu. "Pihak kami sentiasa memantau harga jualan ayam dan setakat ini kita masih menunggu langkah yang akan diambil diperingkat kementerian," katanya. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan