ads

Jumaat, 23 Ogos 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


3R <b>di Serian</b> | IKRAM <b>Sarawak</b>

Posted: 30 Jul 2013 09:28 PM PDT

996894_10200408417909328_1831899668_n

Pada 27 dan 28 Julai 2013, IKRAM daerah Serian telah mengadakan program Remaja Raikan Ramadhan (3R) di Masjid Serian. Program 3R ini disertai oleh para pelajar dari SMK Serian, SMK Taee dan SMK Tebedu. Seramai 23 orang peserta dan 12 orang fasilitator telah menjayakan program ini.

Slot pertama iaitu Kenali Diri dikendalikan oleh Ustaz Muhammad. Slot ini memberi pencerahan kepada remaja akan bahaya dadah, sifat ingin mencuba para remaja dan kaedah belajar kepada para peserta. Selain itu, penyampai juga menerangkan akan tugas manusia di bumi tidak kira normal atau kurang upaya..
Pada slot kedua, peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan. Peserta dikehendaki menyenaraikan kelebihan diri dan apa sumbangan yang boleh diberikan kepada masyarakat melalui sumbangan tersebut menggunakan anggato badan sahaja.

1006298_10200408382948454_1912367471_n

1095081_10200408359827876_1983344571_n

Slot ketiga pula ialah tayangan video Palestin dan Syria. Objektif slot ialah kenapa perlu peduli isu Palestin dan Syria serta menerangkan apa sebenarnya yang terjadi di Palestin dan Syria kepada peserta.

Hari pertama diakhiri dengan iftar dan solat secara berjemaah diimamkan oleh imam Masjid Serian.

Pada hari berikutnya, setelah berqiamullail dan solat subuh berjemaah, para peserta membuat persediaan pembentangan bagi slot Kenali Diri mengikut kumpulan. Slot keempat ialah Treasure Hunt yang diadakan di sekeliling Tasik Serian. Para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Mereka perlu melaksanakan tugasan di lima checkpoint.

Checkpoint 1 ialah menghafal niat puasa beserta makna dan seorang peserta ditutup mata untuk menyusun puzzle dgn bantuan rakan-rakan. Checkpoint 2 ialah mendermakan apa-apa barangan yang ada dibawa untuk Palestin dan Syria. Barangan perlu dikembalikan semula di akhir program. Checkpoint 3 mensyukuri nikmat di mana peserta ditutup mata dan diminta berbaris mengikut ketinggian Checkpoint 4 adalah untuk melahirkan rasa syukur di mana para fasilitator mengajar peserta sujud syukur dan melaksanakan di checkpoint tersebut. Di Checkpoint 5 pula para peserta diberikan plastik berisi penuh air. peserta perlu menjawab soalan. Jika soalan salah, akan ditebuk lubang. Jika betul, diberi pilihan samada tambah air atau tampal dengan sellotape.

Perasmian penutupanprogram diadakan pada jam 12 tengahari dan dirasmikan dengan ucapan dari PPD Serian Omar Bin Mahli. Peserta lelaki dan perempuan terbaik serta setiap sekolah mendapat hamper tanda kenangan.

999157_10200408410509143_1713067805_n

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved