ads

Rabu, 28 Ogos 2013

11 di miri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Pemeriksaan kenderaan percuma <b>di</b> PUSPAKOM <b>Miri</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 05:03 PM PDT

Posted on July 25, 2013, Thursday

MIRI: Pemilik kereta persendirian yang ingin membuat pemeriksaan ke atas kenderaan mereka melalui PUSPAKOM secara percuma, boleh berbuat demikian mulai hari ini hingga 7 Ogos depan.

Pemilik kereta boleh membawa kereta mereka untuk pemeriksaan percuma itu di Pejabat PUSPAKOM di KM12, Jalan Miri-Bintulu di sini.

Pengurus Pusat, PUSPAKOM Miri Azhar Madi memberitahu bahawa pihaknya menyasarkan lebih 100 kenderaan akan diperiksa dan mendapat faedah daripada tawaran tersebut, yang merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Azhar berkata program bukannya baharu bagi penduduk di Miri, malah telah diadakan sejak lapan tahun lalu dan sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

Tahun lalu, katanya PUSPAKOM telah membuat pemeriksaan percuma ke atas 80 kenderaan persendirian yang mendapat manfaat daripada program CSR tersebut.

Azhar turut menjelaskan bahawa program pemeriksaan percuma itu bukan hanya untuk pengguna Melayu yang mahu pulang bercuti Hari Raya,tetapi ia dibuka kepada semua pengguna dan pemilik kenderaan persendirian.

"Sehubungan itu saya berharap penduduk di Miri tidak melepaskan peluang ini untuk membuat pemeriksaan kereta mereka tanpa sebarang bayaran dikenakan sebagaimana kebiasaannya," ujarnya.

Sementara itu, Pejabat PUSPAKOM dibuka untuk pemeriksaan tersebut dari hari Isnin hingga Sabtu, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved