ads

Selasa, 13 Ogos 2013

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Semangat berpasukan <b>di</b> kalangan atlet penting bagi memastikan <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2013 03:09 PM PDT

Posted on July 29, 2013, Monday

BERMULA: Rose menyalakan obor kejohanan bagi memulakan sukan sempena Olahraga Tahunan Ke-10 SMK Telang Usan, Marudi.

MARUDI: Semangat berpasukan di kalangan atlet amat penting bagi memastikan kemenangan pasukan masingmasing dan seterusnya melonjakkan tahap dan prestasi sukan sekolah.

Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Marudi Rose berkata, walaupun di kalangan atlet mereka adalah rakan sekelas, namun dalam rumah sukan masing-masing mereka adalah 'lawan' tetapi bukan bererti mereka bermusuhan sesama sendiri sebaliknya istilah 'lawan' dalam sukan adalah bersaing sesama mereka secara sihat untuk menjadi atlet yang terbaik.

"Dalam sukan ini (kejohanan sekolah), kita harus bermain menentang rakan baik atau rakan sekelas sendiri dan dalam pasukan berlainan bagi meraih kemenangan bagi rumah sukan kita, tetapi bukan bererti kita membawa 'permusuhan' itu di luar kerana 'lawan' dalam sukan bermakna pesaing kita, bukan bergaduh dan ia dilakukan bertujuan untuk kita meningkatkan tahap sukan sekolah sekali gus mengeratkan tali persaudaraan dan mengekalkan perpaduan antara kaum," katanya ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-10 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan di sini Beliau mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau.

Pada masa yang sama, Rose turut menasihatkan para atliet agar jangan melupakan pendidikan mereka sebaliknya mengimbangi kedua-duanya, akademik dan sukan agar menjadi lebih berjaya dalam hidup.

Pada majlis yang sama, Rose turut mengumumkan peruntukan daripada Dennis untuk SMK Telang Usan berjumlah RM5,000.

Hadir sama ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Baram, Jalong Wan serta Penolong Kanan 1 (PK1) Rosimi Arun yang mewakili pengetua sekolah.

Kejohanan tersebut berlangsung di Kompleks Sukan Marudi di Kampung Cina dekat sini, diwakili oleh empat rumah sukan, masing- masingnya ialah Rumah Rajawali (Kuning), Rumah Kenyalang (Hijau), Rumah Garuda (Biru) dan Rumah Helang (Merah).

Dalam kejohanan itu, Rumah Helang berjaya muncul sebagai johan keseluruhan dengan memunggut markah tertinggi sebanyak 338 mata.

Manakala naib johan jatuh kepada Rumah Rajawali dengan 332 mata, tempat ketiga ialah Rumah Kenyalang dengan 296 markah manakala Rumah Garuda akur untuk berada di tempat keempat dengan markah 291 mata.

Sementara olahragawan dimenangi oleh Mohd Izuan Azela dari Rumah Helang dan Mathilda Unyang Yusuf dari Rumah Rajawali merangkul gelaran olahragawati.

Bagi pertandingan lalu lintas hormat pula, tempat pertama ialah Rumah Rajawali, kedua Rumah Garuda dan ketiga ialah Rumah Helang.

Dalam pertandingan unit beruniform tempat pertama dimenangi oleh pasukan kadet polis, tempat kedua ialah Bulan Sabit Merah Malaysia dan tempat ketiga ialah Kadet Bomba.

Pertandingan keceriaan khemah dimenangi oleh Rumah Helang diikuti Rumah Rajawali di tempat kedua dan tempat ketiga di Rumah Garuda.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved