ads

Khamis, 8 Ogos 2013

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


BN lawan SWP dan PKR <b>di Lubok Antu</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 20 Apr 2013 02:40 AM PDT

LUBOK ANTU: Calon Barisan Nasional (BN) iaitu William Nyalau Badak dicabar oleh presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) iaitu Larry Sng dan calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Nicholas Bawin Anggat.
Pencalonan Nyalau dicadang oleh Dr Johnnical  Rayong Ngipa dan disokong oleh Kanselor Jampi Tutong manakala pencalonan Larry pula dicadang oleh Jawah Gerang sambil disokong oleh Semijie Janting.
Pencalonan Nicholas Bawin telah dicadang oleh Maling Luna  disokong oleh Marudi @ Barudi Mawong.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.203 Lubok Antu, Jack Aman Luat mengumumkan tamat tempoh pencalonan pada jam 10 pagi.

Ribuan penyokong bagi semua calon, termasuk kira-kira 5,000 dari komponen parti BN, berhimpun di Pusat Khidmat Parlimen Lubok Antu di Pekan Lubok Antu sejak awal pagi hari ini.

Ketibaan Larry yang merupakan Presiden SWP di pusat penamaan calon telah diiringi kira-kira 2,000 orang penyokong manakala ketibaan Bawin pula diiringi seramai 500 orang penyokong PKR.

Dalam Pilihan Raya Uumun Ke-12 lepas, Nyalau telah memperolehi sebanyak 6,769 undi berbanding calon SNAP iaitu Nicholas Bawin Anggat yang hanya memperoleh sebanyak 5,159 undi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved