ads

Sabtu, 13 Julai 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Gambar Kemalangan 4 Bersaudara Maut <b>Di Sri Aman</b>, <b>Sarawak</b> 10 <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 07:21 AM PDT


SRI AMAN: Perjalanan empat bersaudara warga Indonesia ke negeri ini untuk melawat rakan bagi menyambut kedatangan Ramadan berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka rentung selepas Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Toyota Innova yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dan terbakar di Kilometer 56, Jalan Sri Aman-Sarikei di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, meragut nyawa pemandu Toyota Innova, Tinus Salleh, 45 dan tiga penumpang termasuk seorang wanita mengandung yang masih belum dikenal pasti identiti mereka. 

Difahamkan, MPV berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Sarikei ke Sri Aman dan sebaik tiba di satu selekoh, MPV yang dipandu Tinus, hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori yang dalam perjalanan dari Sri Aman ke Sarikei. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu kenderaan tercampak keluar dan maut akibat kecederaan parah di kepala.

Bagaimanapun, kenderaan yang terperosok di bawah lori itu terbakar dan meletup beberapa kali.

"Tiga penumpang lain terperangkap dalam kenderaan yang terbakar tidak sempat menyelamatkan diri, selain letupan kuat menyukarkan pemandu lori untuk menghulurkan bantuan. 

"Ketika kejadian hujan lebat dan keadaan jalan licin dipercayai punca kenderaan yang dipandu warga Indonesia itu hilang kawalan," katanya ketika dihubungi. 

Pemandu lori, Steven Nyaggau bersama dua kelindannya tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan -via myMetro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved