11 di samarahan sarawak - Google Blog Search |
Program komuniti IPT <b>di Samarahan</b> 24 hingga 30 Jun - The Borneo <b>...</b> Posted: 11 Jun 2013 05:35 PM PDT Posted on June 12, 2013, Wednesday KUCHING: Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS (MPP UNIMAS) 2012/ 2013 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Residen Bahagian Samarahan, UiTM Kota Samarahan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak akan menganjurkan program kemasyarakatan bersama penduduk setempat dari 24 hingga 30 Jun ini. Bertemakan Siswa Menabur Bakti, program Kembara IPT Kenyalang (KIK) Siri 1 ini menyasarkan 450 mahasiswa dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Kota Samarahan. Peserta akan menjelajah dan mengembara ke empat daerah di Bahagian Samarahan dari Simunjan, Serian, Asajaya dan Kota Samarahan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Muhammad menerusi talian 011-14068161. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Kunjungi pameran 'Raja Kita' <b>di Samarahan</b> pada1-3 Jun <b>...</b> Posted: 30 May 2013 02:14 PM PDT Posted on May 31, 2013, Friday KUCHING: Pelbagai gambar dan maklumat berkaitan institusi beraja negara boleh disaksikan dengan mengunjungi pameran bergambar Jabatan Penerangan yang bertajuk 'Raja Kita' dari 1 hingga 3 Jun di Dewan Suarah Kota Samarahan. Pameran tersebut diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Ia merupakan peluang terbaik kepada masyarakat terutama pelajar untuk mengunjungi pameran itu terutama pada cuti umum. Antara pameran bergambar lain berkaitan institusi beraja termasuk pakaian, peralatan, anugerah, nobat dan aktiviti raja di dalam serta luar negara. Pameran itu diadakan secara bersegmen bermula dari sejarah dan latar belakang raja, aktiviti dan majlis pelantikan dua tahun lepas. Gambar pelbagai aktiviti Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin juga dipaparkan. Tun Salahahuddin dijangka merasmikan pameran pada hari pertama. Pameran itu diadakan untuk memaklumkan masyarakat tentang peranan dan jawatan institusi beraja serta konsep institusi beraja dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Sementara itu, 100, 300, 500 dan 1,000 pelawat pertama berpeluang memenangi hadiah misteri, manakala yang berminat menyertai kuiz turut berpeluang membawa pulang hadiah. Tahun ini, Kota Samarahan menjadi tuan rumah menganjurkan sambutan peringkat negeri bermula dengan majlis kesyukuran pada 31 Mei di Masjid Samarahan diikuti jamuah teh di Dewan Suarah yang dihadiri Tun Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta kenamaan negeri lain. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlepas mengunjungi pameran tersebut yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di samarahan sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan