Rabu, 12 Jun 2013

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2013 11:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kunjungi pameran &#39;Raja Kita&#39; <b>di Samarahan</b> pada1-3 Jun <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 02:14 PM PDT

Posted on May 31, 2013, Friday

KUCHING: Pelbagai gambar dan maklumat berkaitan institusi beraja negara boleh disaksikan dengan mengunjungi pameran bergambar Jabatan Penerangan yang bertajuk 'Raja Kita' dari 1 hingga 3 Jun di Dewan Suarah Kota Samarahan.

Pameran tersebut diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ia merupakan peluang terbaik kepada masyarakat terutama pelajar untuk mengunjungi pameran itu terutama pada cuti umum.

Antara pameran bergambar lain berkaitan institusi beraja termasuk pakaian, peralatan, anugerah, nobat dan aktiviti raja di dalam serta luar negara.

Pameran itu diadakan secara bersegmen bermula dari sejarah dan latar belakang raja, aktiviti dan majlis pelantikan dua tahun lepas.

Gambar pelbagai aktiviti Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin juga dipaparkan.

Tun Salahahuddin dijangka merasmikan pameran pada hari pertama.

Pameran itu diadakan untuk memaklumkan masyarakat tentang peranan dan jawatan institusi beraja serta konsep institusi beraja dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.

Sementara itu, 100, 300, 500 dan 1,000 pelawat pertama berpeluang memenangi hadiah misteri, manakala yang berminat menyertai kuiz turut berpeluang membawa pulang hadiah.

Tahun ini, Kota Samarahan menjadi tuan rumah menganjurkan sambutan peringkat negeri bermula dengan majlis kesyukuran pada 31 Mei di Masjid Samarahan diikuti jamuah teh di Dewan Suarah yang dihadiri Tun Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta kenamaan negeri lain.

Tiada sebarang bayaran dikenakan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlepas mengunjungi pameran tersebut yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Jumlah anggota RELA <b>di Samarahan</b> bertambah - BorneoPost Online

Posted: 25 May 2013 03:04 PM PDT

Posted on May 26, 2013, Sunday

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) kini mempunyai ahli berdaftar seramai 6,020 orang di seluruh Samarahan sekali gus mampu dijadikan sandaran dalam aspek keselamatan di peringkat akar umbi menerusi pendekatan yang lebih berkesan.

Wakil Pengarah RELA Negeri PPRD Nor Azizah Bakawi berkata, peningkatan jumlah keahlian RELA di Samarahan amat memberangsangkan kerana kini lebih ramai masyarakat gemar melibatkan diri dalam badan-badan sukarela beruniform.

Malah, Sarawak kini mempunyai anggota RELA seramai 225,017 orang yang dijangka akan terus meningkat.

"Bilangan anggota RELA di Samarahan meningkat saban hari dan sehingga hari ini (semalam), jumlah anggota berdaftar adalah melebihi 6,020 orang.

"Oleh itu, saya menyeru agar anggota RELA Samarahan terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan nama dan menaikkan imej pasukan RELA di negara ini amnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mesra dan Penyampaian Khidmat Bakti RELA di Dewan Kampung Muara Tuang di sini, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri lebih 200 anggota RELA Samarahan turut menyaksikan beberapa anggota RELA menerima bantuan kebajikan.

"Ini adalah bagi menghargai jasa anggota RELA yang telah lama berkhidmat dalam pasukan dan diharap dapat meringankan beban anggota RELA khususnya mereka yang kurang berkemampuan dan anggota kurang upaya," tambahnya.

Antara bantuan yang telah diagihkan pada majlis tersebut termasuk alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat, barangan keperluan harian dan juga bantuan lampin pakai buang kepada anggota RELA yang telah dikenal pasti.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads